Sunday, August 17, 2008

Aktiviti Hujung Minggu

Hujung minggu kali ni Papa & Raimie sibuk sikit. Hari Sabtu, Papa ada seminar dan Raimie pula kena ke sekolah untuk kelas ganti dan lepas kelas Raimie tunggu Papa jemput di rumah Mak (babysitter) Raimie. Raimie memang sibuk sekarang, lepas kelas pun selalu stay-back sebab dia ada latihan tarian. Sekarang ni pun Cikgu minta tolong praktis dengan Raimie nyanyi lagu Jalur Gemilang sebab nanti ada pertandingan lagu patriotik. Rasanya Mama masa tadika dulu takdelah busy macam Raimie. Huhuhu... (Masalahnya, Mama tak reti nyanyi lagu Jalur Gemilang! Malu woo!!! Nama aje duduk kat Malaysia, ek?)

Hari sabtu, Mama sahajalah di rumah (Kalau Mama nak jemput Raimie lepas kelas, jenuh pula Raimie nak balik naik komuter yang padat tu. Nak-nak sekarang ni tengah panas pula). Lepas balik seminar, Papa dan Raimie bawa Atuk ke Tmn Sri Gombak. Melawat "nenek" yang jaga atuk masa atuk kecil. (Atuk Raimie ni yatim piatu dari kecil). Lepas tu lepas pula rumah MokDe. Balik rumah lepas pukul 9.00 malam. Maknanya dari 7.00 pagi hingga ke 9.00 malam Mama lepak kat rumah sorang-sorang.

Dapat kemas rumah atas bawah, siap gosok baju satu almari, pergi jogging dan layan internet tanpa gangguan. Seronok juga tapi kalau selalu sedey wooo.... Sunyi! Takde sapa Mama nak marah. Hehehe...

Hari ini, atas permintaan Papa, Mama masak daging masak kicap. Nasib baik selera Papa ni simple aje.

Raimie pun suka makan lauk ni, tapi kalau Raimie, makan apa pun, sup mesti ada. Jadi masak sup cendawan. Dua lauk aje, tapi kenyang.

3 comments:

  1. Anything msk kicap is my menu masa penyakit malas melanda. Oh dan sup ayam or tulang. Masuk sume dlm pressure cooker or slow cooker, biar kan saje hehehe

    ReplyDelete
  2. Lina

    Wah wah..TAHNIAH, makin kerap memasak kebelakangan ni...Tentu Papa n Raimie suka , boleh berlawan tambah lauk tu

    ReplyDelete
  3. @Farah,
    I kalau malas, bakar salmon makan dgn nasi aje. hehehe.... pastu sup miso instant. Pergh, cepat & sedap. huhuhu

    @Kak Ani,
    hehehe... sebenarnya Papa pening kepala kalau saya rajin nak masak. teruk dia kena habiskan makanan nanti. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...