Wednesday, August 27, 2008

Durian!

Balik kampung hari itu, ada dua hajat (selain nak ke majlis perkahwinan) - nak makan durian & nak borong bawa balik petai. Petai bukan sahaja untuk stok sendiri tapi nak diberikan pada rakan-rakan Mama.

Apa nak buat, hajat nak borong petai tak kesampaian - petai yang atuk dah simpan untuk kita, kita dermakan pada sedara-mara yang datang. Memang adik-beradik atuk hampir semua peminat petai. Makan kenduri masa nikah pun tercari-cari petai. Hehehe...

Tapi, walau tak dapat bawa balik, alhamdullilah puas makan di kampung. Durian pun banyak. Kenyang....

Makan durian sampai sakit dada dan makan rambutan sampai sakit tekak. Memang tak hengat dunia. Sebelum tidur makan durian, bangun pagi bersarapan durian juga. Huhuhu

Durian (dalam gambar) yang mengancam gila, kalau beli direct dari Orang Asli, sebiji harganya 50sen. Murah kan? Durian lemak berkrim, disukai ramai. Muahaha!!!

5 comments:

  1. mak aiiiii sedap nya dorian
    tak boleh tahan.. gitu punya kunen

    kalau aku nih sebijik sekali santap jek

    ReplyDelete
  2. @Shidot,
    rugi ko tak ikut. muahaha... aku makan dua biji aje durian tu. kontrol giler. keskeskes
    kalo aku bawak balik petai hari tu, sah aku suruh ko ambik sikit. Eh, ko makan petai ke? :D

    ReplyDelete
  3. waaaa! jealous nye tgk durian tuuuuu!! murah lak tu.
    how i wish my kg also ada durian hehehe sampai tua la tunggu pokok durian tumbuh kat Setiawangsa. Tunggu Giant jual durian dlm pack je la hehehe

    ReplyDelete
  4. Linaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    Mak aii...kak aini tgk gambar tu..terus ke Shibuya..pejam mata..tak kira harga..beli gak...nak gak makan!!!!

    ReplyDelete
  5. @Farah,
    hehehe boleh apa. Kat Tmn Sg Besi Indah kat sini (my place, ada pokok durian kat laman rumah teres tu). huhuhu

    @Kak Ani,
    Sori!!!!! Hehehe....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...