Sunday, May 11, 2008

Rancangan Kanak-Kanak Alih Bahasa

Sekarang ni, kartun dan rancangan TV di Astro, tak kira siaran Astro Ceria, Nickelodeon, Disney atau Cartoon Network boleh di alih bahasa dari bahasa asal (Inggeris) ke Bahasa Malaysia. Raimie seronoklah, sebab semua siaran dia mahu dalam Bahasa Malaysia, tapi Mama tak suka. Pada Mama, standard penterjemahan untuk siaran yang kena "dubbed" ini masih banyak yang perlu diperbaiki.

Contoh penterjemahan yang sakit telinga Mama dengar:


My Fly is down all that time diterjemahkan kepada - Lalat saya di bawah sepanjang masa (?!!!) Lalat? Sepatutnya zip seluar.


Your welcome jadi Selamat datang - sepatutnya terima kasih

Duck! jadi Itik - patutnya tunduk

Memanglan Fly itu lalat, Welcome itu selamat datang dan Duck itu itik, tapi dalam perbualan atau ayat penuh, maknanya lain. Komputer ke manusia yang buat terjemahan?

DBP tak buat pemantauan pada stesen TV ke? Mama bukanlah arif dalam bahasa, tapi perbualan ni jadi panduan kanak-kanak untuk menggunakan bahasa.

5 comments:

  1. Selamat hari Ibu...
    Di Raub ada sambutan peringkat kebangsaan hari Ibu.
    Yalah...Dr Ng Yen Yen jadi menteri
    hal elwal wanita.Dia bawa sambutan
    itu ke Raub.Masa goggle terjumpa blog ini...rajin-rajinlah update.

    ReplyDelete
  2. yes...agree..kalau cerita tu biarla dlm bahasa asal n ada subtitle kat bwh tu pun dah cukup...sbb kita boleh compare ngan apa yg kita paham..hehehe...anak2 kami bila balik mesia...tgk anime channel je la...n in nihonggo..baru depa paham...

    ReplyDelete
  3. salam lina, happy mother's day k..jd k brunch kt luar? hehe..mmg kan, selalu translate ntah ape2...padahal kt situ la budak2 selalu blaja. even my kids pon selalu gelak bila baca alihbahasa tu

    ReplyDelete
  4. Lina

    Selamat Hari Ibu....Ibu dapat hadiah apa ye tahun ni. Dari Raimie or dari Papanya...

    Semoga ceria selalu

    ReplyDelete
  5. @En Razak,
    mesti meriah sambutan hari Keluarga di Raub tu. Anak saya tanya kenapa kami tak pergi, bila saya tunjuk gambar di blog anda.

    @Nash,
    itulah, kalau cerita English, biarlah guna bahasa itu, biar anak-anak cepat tangkap bahasa. (Kalau Jepun tu, Mak dia yang nak praktis. :-) )

    @Kak Jun & Kak Aini,
    Pagi-pagi dapat kena gomol dgn Raimie yang bangun sebelum subuh. Hehehe... dapat kad khas yg hubby beli dari Nihon. Tak keluar ke mana - rasa rugi sebab bila Hari Ibu, semua mahal (saya kedekut). Tapi semalam memang tak masak, sebab order makanan (ini permintaan Raimie, Mama tak payah masak hari ni)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...