Thursday, May 15, 2008

Berita Gembira

Ada berita gembira dalam keluarga. Tok Teh Raimie di Raub (adik Opah Raimie) dan Tok Usop (Adik Atuk Raimie) telah sepakat mendirikan rumah tangga bersama.

Ini perkahwinan pertama Tok Teh dan ketiga untuk To Usop. Perkahwinan Tok Usop yang pertama putus sebab bercerai berbelas tahun dahulu, perkahwinan kedua arwah isteri kemalangan.

Hari sabtu nanti, Tok Usop hantar wakil ke Raub menghantar cincin.

Yang kelakar, Tok Teh tak mahu angkat telefon anak buah, sebab malu... hehehe. Pak Ngah kata sekarang ni bila Tok Teh dapat SMS, Tok Teh tersenyum sorang-sorang dan lari masuk bilik. Kelakar lah Tok Teh ni...

Bulan lapan, anak buah dah sepakat turun padang untuk kenduri Tok Teh. Maklumlah, dulu kami kahwin, Tok Teh yang sibuk membantu kami. Mama dan Papa kahwin dulu, Tok Teh yang masak hidangan di meja pengantin tau!

Kepada Tok Teh dan Tok Usop - semoga berbahagia ke anak cucu!

4 comments:

  1. salam lina,

    tersenyum k lela baca entri ini.

    boleh tanya sikit,
    walaupun pangkat tok dan tuk, mungkin mereka masih muda lagi, betul?
    Berapa umur mereka, kalau lina tak keberatan.

    ReplyDelete
  2. @Kak Lela,
    mereka dlm 40-an. masih muda dan boleh enjoy hidup lagi kan... :-)

    ReplyDelete
  3. waaaa...medetashi!medetashi!semoga berbahagia hingga ke anak cucu cicit..pjg umor & murah rezeki..insyaAllah!

    ReplyDelete
  4. kalau dah jodoh apa salahnya kan..hehe....merapatkan lagi hubungan keluarga...omedetou...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...