Saturday, April 26, 2008

Mabuk McDonalds

Hehehe, bukan apa... rasa asyik makan McDonalds sejak dua menjak ni.. Tapi semua free, sebab kalau sendiri, memang dah lama muak makan dah...

Minggu lepas dan sabtu minggu ni kita makan pagi di McDonalds sebab Papa ada banyak kupon Sausage McMuffin (ke apa nama ntah). Jadi, pagi-pagi kita berkampung di McDonald's Bandar Tun Hussein Onn. Seronok juga duduk di sana, Raimie pun seronok bermain di Play Area & dapat kawan baru. Tapi minggu ini lebih ramai orang dari minggu lepas, mungkin sebab minggu ini minggu terakhir tebus kupon. Kupon percuma pun, tambah pesanan air oren & kopi, tup tup habis juga RM10 kan...

Dan pagi ini dapat tengok Papa marah orang yang tak reti beratur. Hehehe.. Kadang-kadang takut juga bila Papa angin, sebab Papa suka sound pedas gila... Papa tak suka marah jerit-jerit macam Mama, kalau Papa sound orang, suara rendah aje. Tapi pedas wooo... Kalau Papa marah pada Mama, terus tak keluar suara. Lagi teruk. Huhuhu...

Di pejabat pun Mama makan McDonalds. Makan ramai-ramai ni memang seronok. Pening budak McDonalds melayan pesanan lebih RM200/=. Kuang kuang kuang. Siap tebus kupon-kupon yang banyak sebab kupon tu bakal tamat tempoh 30hb ni. Siap boleh tapau bawa balik untuk Papa & Raimie makan. Takpa, yang handle duit makan tu Mama... Insentif jadi penganjur. Muahaha!!!!

Mana nak "maintain" badan macam ni. Hari tu pun baru lepas kenduri KFC. Lepas tu gi buffet kat hotel baru yang buat "soft-lanuch". Hari jumaat pun ada jemputan, tapi Mama tak mahu pergi. Beritahu GM lebih seronok makan ramai-ramai dengan teman sepejabat. (Sebenarnya Mama boikot penganjur (bukan pihak hotel) - panjang cerita). Biarlah dia pegi seorang. Tak kisah, sebab FC hotel tu dah janji nak belanja makan lain kali. Murah rezeki. Tak sabar nak makan ais krim cendawan dan bijan lagi. Ada juga ais krim wasabi, tapi tak berkenan pulak lidah ni.

Gambar McDonalds yang suka-suka Mama ambil. Jangan pedulikan latar belakang meja semak tahap "gaban" itu ye.... huhuhu

Makan pagi di Bandar Tun Hussein Onn. Hanya Sausage Mc Muffin tu yang free.

Makan McDonalds tak hengat dunia di pejabat. Mmmm.. Hari Isnin ni nak pau apa lagi dari CFO/GM ye? Syok makan free ni...

Thursday, April 24, 2008

Blog Geram

Mama post yang ini untuk lepas geram. Juga untuk Raimie buat pengajaran bila dewasa nanti.

Pertama :
Di pejabat Mama, ada seorang rakan setugas yang baru pulang dari cuti bersalin. Disebabkan kami akan berpindah pejabat minggu hadapan, semua orang kelam kabut berkemas, siapkan "closing account", annual report, cek pembayaran dan bermacam masalah karut di bahagian akaun. Datang pula seorang "lelaki" (letak apostrophe tu sebab tak berperangai macam lelaki pun) sedap-sedap beri arahan pada rakan Mama supaya kemaskan segala fail yang jumlahnya beratus-ratus walhal tugas itu diserahkan kepada "lelaki" yang baru naik pangkat itu (pandai sungguh dia ber"tai-chi").

Kalau pun sudah naik pangkat, dan ada rasa sedikit gila kuasa, fikirkanlah yang rakan sekerja itu baru pulang dari cuti bersalin. Bersalin secara cesarean pula. Bagaimana kalau si isteri sendiri yang kena begitu? Naik pangkat jadi penolong pengurus bukan tiket untuk mengarah orang tak kira tempat.

Dimanakah sifat lelaki yang patutnya lebih bersedia bekerja keras? OK, sekarang zaman moden, equality, yada yada.... tapi kederat wanita dan kederat lelaki jauh bezanya. Dan lelaki tak perlu beranak!

Marah!

Mungkin ada yang kata Mama suka jadi batu api, tapi tak salah pada Mama kalau Mama adukan hal ini pada GM dan Sr GM. Buat apa nak disenyapkan? Esok, rakan Mama aka buat kerja admin shj, biar seorang lagi Manager monitor. Tentang fail-failnya yang masih belum habis dikemas, kami rakan lain akan membantu. Tak perlu pedulikan orang yang tak bertimbang-rasa tu.

Kedua:
Orang putih panggil Sexual Harasment. Orang Melayu panggil?

Ni kena hidung Mama. Paling tidak suka menerima SMS gangguan rakan sepejabat. Pada Mama, berborak dan berjenaka di pejabat habis di situ. Mama tak main SMS dengan suami orang dan Mama tak suka orang main SMS dengan Mama sebab Mama isteri orang. Dan Mama juga tak suka orang kejar Mama dan cuba nak peluk Mama, hatta kononnya bergurau semata-mata.

Mama juga tak suka komen orang lain bila Mama adukan hal ini. Ye, Mama dah 30an, dah tak cun dsb... tapi itu bukan sebab untuk memperlekehkan Mama dan ketidak puas hati an(?) Mama. Gangguan seksual boleh berlaku pada sesiapa, tak kira lelaki atau perempuan.

Mungkin sebab perangai Mama yang agak keanak-anakan (masih main jelir lidah. hehe) dan kononnya agak "open" (yg ini hanya sebab Mama masih pakai skirt ke ofis) membuat orang fikir Mama senang / sedia didekati. TIDAK SAMA SEKALI!

Mama tak bawa lebih ke atas sebab dia ini Mama dah kenal lama. Tapi kalau selepas ini masih tidak berubah, terpaksa lupakan kami ini kawan, sebab kawan hormat antara satu sama lain.

Untuk Raimie, bila dewasa, hormatilah Wanita sebagai manusia juga. Wanita bukan warga kelas kedua atau tiga. Dan kalau ada rakan yang kurang upaya atau kurang kekuatannya, bantulah mereka. Janganlah pentingkan diri. Janganlan kerana pangkat, hilang sifat timbangrasa. Dan kalau Raimie dah besar nanti, janganlah cepat gah pada diri. Apalah pangkat itu? Tanggungjawab (dan gaji besar).

Jadi macam Papa - sampai sekarang masih mengaku jadi ofis boy. Tapi kan, handphone ofis boy lebih canggih dari handphone Papa tu. Wakakaka!!!!

Monday, April 21, 2008

FunFair



Dua minggu lepas,selepas balik dari Pertandingan Mewarna, akhirnya dapat juga Raimie ke funfair berdekatan dengan rumah. Funfair ini berhampiran dengan Jusco Cheras Selatan. Dah beberapa kali sebelum ini Raimie nak ke funfair, tapi tak dapat sebab bila nak ke sana, funfair dah pun bertukar tempat.

Seronok juga ke funfair terutama dengan anak kecil. Sebab kanak-kanak senang gembira, tak banyak kerenah. Hanya dengan main ceduk itik dan naik helikopter, Raimie dah gembira. Niat anak Mama ni nak menang tabung macam tahun lepas, tapi apakan daya, dapat handphone tag sahaja. Zaman ber"chenta' dengan Papa dulu, Mama buat koleksi mug, sebab itu lah barang yang Papa selalu menang kalau main di funfair. Hehehe...

Tapi macam benda lain, funfair pun ada inflasi. Sekarang satu token dah RM2. Nasib baik anak seorang, kalau 5 orang parah poket Mama & Papa. Muahaha!!!

Teringat masa dulu, ada sarkas ke funfair Royal entah apa datang ke Kuala Lumpur. Masa tu Mama masih lagi student. Gila-gila dengan rakan, ke funfair sampai larut malam, walhal bas terakhir ke rumah (masa tu Mama tinggal dengan arwah Moyang di Klang) pukul 8.00mlm. Seronok, tumpang tidur rumah kawan, beramai-ramai.

Masa Mama di Raub, funfair tempat cari duit lebih. Dulu ada funfair di depan rumah Atuk. Jadi Mama ambl kesempatan jual kacang tanah rebus di sana. Seronok! Masa tu tak takut kena culik atau kena kacau. Mama berniaga seorang, sampai larut malam. Yang bestnya, duit untung, semua Mama beri pada Opah. Budak-budak lah katakan, mana tahu berbelanja lagi... hehehe

Saturday, April 19, 2008

Kamen Rider Den-O; The Movie

Semalam Papa beli DVD movie Kamen Rider. Ni dah pukul 3pm ni, dah dua kali ulang. Pagi tadi dah main sekali. Ni ulang tayang, Mama tak tengok pagi tadi sebab tido sampai pukul 9. Heh heh, memang tak guna Mama ni. Kalau tak jogging, memang tak bangun awal punya (lagipun sebab Mama "cuti"). Keskeskes...

Tak jogging sebab hari ini ada appointment pest-control. Malas nak fikir pasal semut & lipas (almaklum rumah bawah sekali), senang dua bulan sekali orang datang sembur rumah. Syarikat yang datang bua ni, bagus. Tepat masa datang dan tepat masa buat temujanji dwi-bulanan. Sebab tu Mama tak kisah kena bayar lebih sedikit dari syarikat lain. (Sebenarnya dulu ingat nak panggil syarikat bumi - ala-ala tolong bangsa, tapi temujanji pertama dah kantoi - alasannya, Sales staff tak bincang dengan admin mereka. Yang kita duk tunggu berjam-jam bilalah orang nak datang...)

Sebenarnya kalau Mama nak melalut pasal nak tolong bangsa sendiri berniaga tapi bangsa sendiri macam tak nak berniaga ni, panjang jadinya... Nak kata Mama tak faham keadaan orang melayu berniaga? Atuk & Opah pun berniaga. Mama dulu cuti semester (zaman sekolah) pun pernah berniaga walau berniaga air sahaja pun. Papa selalu kata orang melayu berniaga (dan berkira bila berniaga) sebab nak cepat kumpul duit nak pergi Haji. Hehehe...

Ok, Ok, balik pada cerita Kamen Rider. Dalam banyak-banyak siri Kamen Rider, yang Mama suka tengok ialah Den-O. Seronok & rasa sesuailah untuk budak-budak. Yang lain tu, Blade, Hibiki, Kabuto, 555 (Faiz), semua tu Mama tak berapa minat. Kalau yang lain tu, Raimie & Papa ajelah yang layan.

Lagipun, Mama suka tengok Den-o sebab minat kat Yuuto (Yuichi Nakamura) sebab dia tu cute sesangat. Heheh jangan marah Papa!

Thursday, April 17, 2008

Pertandingan Mewarna

Hari Ahad lepas, kena hantar Raimie ke pertandingan mewarna. Cikgu yang hantar nama Raimie, walaupun masa hantar nama tu, Raimie tengah sibuk berjalan di Jepun. Balik-balik je, Cikgu beritahu dia dah masukkan nama Raimie.

Mama & Papa tak bersiap apa pun. Bawak badan aje ke sana. Tapi tengok anak-anak lain yang siap dengan meja kecil, pelbagai jenis alat warna. Dasyat sungguh persiadan ibu-bapa.

Masa pertandingan berjalan, kedengaran suara-suara ibu bapa yang memberi cadangan / petunjuk pada anak-anak mereka. Mama & Papa Raimie ni, duduk bergelak ketawa aje. Cadangan? Kami hanya beritahu Raimie, warna sampai habis. Tak ada daya saing lansung! (Walaupun dalam hati seronok juga kalau menang... Siapa tak nak RM300!) Tapi yang penting, Raimie ambil pengalaman. Mana tahu, kalau dah masuk pertandingan (tak kira apa) akan timbul sendiri sifat daya saing dalam diri. Tak perlu Mama & Papa paksa sampai jerit-jerit dan tak perlu buat Raimie rasa tertekan sebab tak dapat gembirakan Mama & Papa.

Salahkah pendekatan Mama & Papa ni?

Saturday, April 12, 2008

Hadiah dari Jauh

Hari ini, selepas berjogging di Taman Putra Perdana, melencong kejap ke Kg Baru Seri Kembangan. Bukan apa, nak ambil kotak di Pusat Serahan Pos di sana. Posmen sebenarnya dah hantar hari selasa, tapi sebab tak muat peti surat, kenalah ambil sendiri. Bagus juga, dari posmen tu main tinggal aje kat depan rumah kan? Dapat juga jalan-jalan pusing-pusing habiskan minyak hari ini. (Sikit lagi nak sampai rumah ko, Syidot. Hehehe) Tapi dok jalan-jalan masa tengah busuklah... dahlah baru balik jogging, pagi tadi mana mandi lagi. Nasib baik dah gosok gigi. Muahaha!!!! Nak jogging di sini, elok sebelum matahari naik, barulah nyaman sikit. Dah pukul 8, dah panas. Bukan peluh sebab bersenam tapi sebab panas! Tadi pun keluar lambat, dah pukul 7.30 baru keluar rumah.

Nak ambil kotak tadi tu, kad serahan tak tahu letak di mana, pergi nak ambil tu tawakkal ajelah.. Minta-minta posmen tak cerewet. Lagipun bukan surat berdaftar.
Tengok sekali kat kotak, dah tahu mana satu kotak untuk Mama. Ala, kotak Japan Post (JP). Kat rumah kita, ada tiga kotak JP (bukan untuk hantar guna pos, tapi kita isi dengan barang-barang yang kita beli di Jepun hari tu dan bawa balik ke Malaysia naik kapal terbang. Hihihi). Memang tak cerewet, lagipun dah di alamatkan pada Mama, kan? No hal'lah.

Kak Lela di Okinawa baik hati betul hantarkan pelbagai barang untuk kita. Ada macam-macam jenis furikake untuk kita cuba. Seronok dan tak sabar nak guna. Anak Mama dah pesan pad Mama dalam kereta tadi, nak makan furikake Geki Ranger yang ada satu pek (dalamnya ada 20 peket kecil)- nak makan rasa katsuo hari ini. Tabur aje atas beras biasa... stok beras Jepun tak ganti lagi. Nanti boleh makan perasa sake, tamago dan goma pula. Ada juga kohi yang jadi kesukaan Kak Lela untuk Mama cuba. (Seronoknya, minum sorang sebab Papa tak minum kohi)

Ada satu benda menarik, postage untuk ke Malaysia dari Okinawa dan ke Okinawa dari Osaka macam sama aje, ye? Dan tak lama masa di ambil untuk sampai ke sini sebab tarikh cop pos di Nishihara (tempat ke ni Kak Lela?) 3hb, dilepaskan oleh Kastam 6hb, posmen hantar 8hb. Efisyen.
Kak Lela, terima kasih banyak. Patung Pokemon tu pun Raimie suka. Nanti saya kena cari apa namanya. :-)

Tuesday, April 8, 2008

Main Salji Betul! Wooot!

Pemandangan dari "Children Slope"

Mama nak main sampai tak ingat anak & laki. hihihi

Dua orang budak tengah buat "Snow Angel"

Dapat 'tomodachi' baru

Seronok sledding

Raimie yang sudah tiada mood nak main sebab salji masuk dalam boot

Seronoknya... asyik main salji (ais) di Mines Wonderland dan di Genting, best juga dapat akhirnya main salji semulajadi kan?

Sebab dah pertama kali tu, memang agak 'darat' jugalah. Takpe, lepas ni, ambik note...


Sunday, April 6, 2008

Raimie dengan Ultraman di Ultramanland

Gambar Raimie dengan Ultraman di Ultramanland. Dulu, sebab utama Papa dan Mama ke Kushu sebab nak bawa Raimie ke Ultraman. Sanggup. Sekarang, kami suka ke Kyushu sebab shinkansen dan keretapi di sini lebih hebat dari keretapi JR West, East atau Central.

Ada dua tempat Raimie berjumpa Ultraman kali ini. Mula-mula di Ultramanland. Lagi satu di Tsuburaya Jungle di Osaka.

Tapi, kita tengok gambar Ultraman di Kyushu dulu.


Raimie dengan Ultra Father dan Ultraman Taro



Raimie dengan Ultra Seven yang tengah sibuk menanda tangan autograf


Raimie dengan Ultraman Zearth


Raimie tengah sibuk "shopping"



Wednesday, April 2, 2008

Hanny di Mojiko

Stesen keretapi Mojiko yang amatlah "retro"

Gambar dengan Hanny yang baik hati jadi "tourist guide" kami hari tu

Lupa hujan dan lupa angin kuat sebab seronok berjalan sekitar Mojiko Retro.
Gambar Raimie & Hanny dengan Banana Man

Tuesday, April 1, 2008

Gambar Cilok dari Nash

Nash, tenkiu sebab bagi cilok gambar.

Mula-mula, gambar yang tiada kena mengena dengan Mama atau Raimie. Saja suka nak letak gambar Nash & family kat sini. Ni kira tahap Sempai Papa lah ni. Sekolah kat SRK Brickfields 1.



Ni pulak gambar kanak-kanak Ribena dan mak dan bapak budak di rumah Kak Aini. Seronok sesangat. Raimie masih bercerita tentang kawan-kawan yang dia jumpa di sana. Tak tahu bila ada rezeki lagi nak ke sana. Kalau sampai, sah memang cari Nash untuk korek idea. Boleh kan Sempai? Hihihi
Budak-budak berguru dengan Izu-Kun, ilmu Nintendo DS Lite

Kaum Bapa jadi kaum minoriti hari tu

Ibu-ibu Dumex yang sentiasa ceria

 - Fotopages.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...