Wednesday, January 16, 2008

Mendaftar Masuk ke Sekolah Rendah

Baru-baru ini, Atuk dan Papa sibuk tentang pendaftaran sekolah Raimie. Atuk kata masuk SRK Brickfields 2 tapi Papa mahu anaknya itu masuk SRK Brickfields 1 sebab itu sekolah rendah Papa. Sebenarnya, mula-mula Atuk suruh mendaftar untuk ke sekolah di Bukit Bandaraya tapi Papa tak mahu. Hai... banyak sekolah, susah pula nak buat pilihan.
Masa Mama dulu, Atuk di Raub memang mahu masukkan anaknya di MGS. Pak Ngah pula masuk MBS (Mahmud Boys School). Sebab kononnya mahu anak-anak Atuk terer Bahasa Inggeris. Betullah kot.. (Hee... Mama tak malu, puji diri sendiri).
Papa beria-ia mahu masukkan Raimie ke sekolah lama Papa sebab katanya nanti Raimie boleh tengok Papa hebat (ye ke?) di bidang sukan balapan di sekolah. Ooooo... nak eksyen dengan anak rupanya... Pada Mama, Mama tak kisah. Yang penting sekolah ok, cikgu ok dan yang penting anak murid yang seorang ini mahu ke sekolah! Berbeza dengan zaman Papa, sekolah rendah Papa sekarang tidak lagi sekolah untuk budak lelaki sahaja. Zaman kan sudah berbeza...

4 comments:

  1. Dear Lina

    Betul tu..sekolah apa sekalipun, harapnya cikgu OK. Zaman sekarang ni, agak ramai yang menjadi cikgu kerana "tiada pilihan" bukan kerana minat dan kecenderungan untuk membimbing sebagai seorang guru. Agak susah nak jumpa cikgu yang boleh menjadi guru yang membimbing anak2 kita untuk menjadi insan berguna. harap Raimie akan mendapat cikgu yang berjiwa guru!!

    ReplyDelete
  2. Kak Ani,

    yelah, sekarang orang jadi guru sebab nak keja gomenlah, nak dpt balik awal sikitlah, laki suruhlah... dah susah dengar orang jadi guru sebab nak bantu anak bangsa kan?
    saya teringat guru2 sekolah rendah saya - garang jgn cakaplah, tapi semua prihatin kebajikan anak murid dan tiada yang kata "We are not babysitters!"

    ReplyDelete
  3. sambung lagi...
    tapi of course, tak semua guru mcm tu. guru adik ipar saya di Marang, siap telefon kami bercerita pasal adik ipar yg mahu opt ambil STPM walaupun dpt tentangan. bersungguh2 dia memuji adik ipar saya yg kini di UPM tu.

    ReplyDelete
  4. jd cikgu sbb cuti banyak n lama..hehehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...