Saturday, January 19, 2008

Sakit Belakang pula...

Sakit belakang pula Mama seminggu dua ini. Sakit yang teramat, sampaikan walau terbersin atau terbatuk pun pasti keluar air mata. Terpaksa pula berjumpa ortopedik hari ini. Jenuh dengan x-ray, dengan berjumpa ahli fisioterapi sampai terlupa nak ambil ubat di farmasi tadi. Pelupa betullah Mama ni...

Sibuk ke Gleneagles sebab doktor khuatir sakit melibat urat saraf. Silap-silap lumpuh! Tapi, alhamdulillah tiada yang serius, tapi ada tiga temujanji yang perlu dilaksana untuk bulan depan.

Dulu, semasa Mama kecil, Mama pernah merasa lumpuh seketika. Tiada rasa lansung pada kaki. Berulang-alik berjumpa doktor tanpa apa-apa hasil. Akhirnya, Atuk bawa Mama berjumpa bomoh di kampung. Alhamdulillah, dah berjalan pun Mama sekarang ni ye.... (Kata bomoh Mama terlanggar "tempat keras").

Pasal tempat keras ini, Mama dah banyak kali terkena sebenarnya. Ada satu masa, tidak boleh buka mulut hinggalah Atuk dapatkan air jampi. Bayangkan tak boleh makan dan minum! Pernah juga hilang suara selama sebulan. Ini semua gara-gara "bergumbira" di kawasan hutan sampai tak ingat dunia. Yelah, kalau makhluk halus marah kat kita, mesti ada sebabnya kan....

3 comments:

  1. Lina, you pun ada problem sakit belakang ke? I pun sama lah especially if I duduk telalu lama and also during the time of the month. Sampai tak larat nak duduk. Hope you will be well soon.

    ReplyDelete
  2. itulah, asyik duduk aje kot. :-P
    thanks for the wish

    ReplyDelete
  3. alamak, lina..akak ni pon sakit saraf tu, ade problem kat tulang tengkuk tu ..agaknyer mmg saket zaman ni kot..dok mkn ubat aje..fisio patut g, x pegi2 lagik..dok ambik injection once in a while. iskk, takut plak baca n3 u ni..heee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...