Thursday, January 31, 2008

Banyaknya Jualan Murah

Dari minggu lepas hinggalah hari ini, sibuknya Mama ke sana ke mari. Minggu lepas sibuk dengan pembelian jualan barangan hotel. Ingatkan dah selesai, Atuk di Raub pula minta beli pinggan mangkuk. Nasib baik ada lagi. Pesanan terakhir yang Mama buat : 26 biji cawan kopi dan teko untuk atuk. Jumlah kena bayar : RM29.00. (Sebab cawan kopi itu, 50sen sebiji).

Hari Isnin, TV LCD Sony 32" yang tumpang beli dgn bahagian Purchasing Hotel 3 bintang kepunyaan syarikat sampai. Bukan Mama yang beli. Staff dlm bahagian Mama beli, ada dekat 25 biji semuanya. Sebab Boss beli dan kawan-kawannya pun tumpang beli, Mama kenalah duduk bertenggek di Loading Bay memantau keadaan. TV tu hanya RM1,900.00 berbanding harga pasaran sebanyak RM3,000++ Risau juga tengok Mercedes, Volvo dan BMW yang bersilih ganti datang. Bukan apa, Loading Bay penuh dengan lori-lori barang. Karang tercalar kereta CEO dan Pengarah-Pengarah ni, pening pulak kepala Mama.

Hari Selasa, ada jualan ikan organik pula. Ikan Jade Perch (malas nak cari apa nama melayunya). Harga pasaran RM45.00 sekilo; tapi hari itu dijual dengan harga RM32 sekilo sahaja. Sampai berpeluh Mama nak mengagih ikan yang telah dipesan. (Bukan Mama yang meniaga ya.... tolong order sahaja).

Sibuk-sibuk Mama dengan barang-barang ni, Mama pun bukanlah beli banyak pun. TV Sony itu Mama tak beli walaupun murah sebab TV kita yang Mama beli tahun 2000 masih boleh diguna. Ikan pun Mama tak beli, tapi sebab Boss baik hati, dapatlah Mama ikan percuma. (Jimat duit keskeskes)

Penatnya, semalam baru pukul 8 mlm, Mama dah tersengguk-sengguk di depan komputer. (Takde stamina betul Mama ni kan?)


Saturday, January 26, 2008

Barang Second-Hand

Semalam Mama ke salah satu hotel kepunyaan syarikat. Bukan apa, hotel itu tutup untuk ubah-suai, jadi barang-barang hotel di jual murah kepada pekerja hotel dan pekerja ibu pejabat. Bayangkan TV 29" harganya hanya RM75.oo, TV 21" hanya RM50! Tapi Mama tak minat beli TV (ingat nak beli juga sebenarnya, boleh hantar ke kampung, tapi Atuk baru ganti TV...)

Nak beli Microwave sebenarnya sebab hanya RM50. Tapi tak sempat sebab ramai juga yang beli. Yang Mama dapat beli semalam ialah DVD player, Oven dan Auto Boiler. Semuanya hanya RM65 sahaja. Esok lusa nak ke sana sekali lagi, nak beli pinggan mangkuk pula. Semalam Mama ambilkan pinggan mangkuk untuk Boss Mama. Cantik-cantik pinggan tu.. (Yelah, barang hotel 5 bintang). Mama pun nak beli sikit, sebab 1 pinggan hanya RM2, cawan hanya RM1 (bone china tau!) Tak risau nak guna sebab hotel ini tiada restoran tidak halal.

Hari ini seronok merasmikan oven baru beli. Masak ikan salmon panggang. Yum yum... Papa kata lepas ni bolehlah buat roti.

Wednesday, January 23, 2008

Hari cuti

Ingatkan dapat bangun lewat hari ini, tapi Mama ada sesi fisioterapi di Gleneagles. So, Papa & Raime pun kena bangun awal sebab nak hantar Mama ke hospital. Lepas turunkan Mama, Papa & Raimie terus ke KLCC. Buat apa tunggu Mama kan? Nanti kebosanan anak Mama tu...

Di KLCC lepak di kedai buku Kinokuniya. Papa belek buku Shinkansen & katalog BAPE yg baru. Raimie pula belek buku kanak-kanak di situ. Seronok duduk di bahagian buku Jepun sebab tak ramai orang ke sana. Jadi, tiada budak-budak yang berlari-lari dan buat bising. Hari ini Mama belajar perkataan baru untuk "bird" budak lelaki. Hahaha.... Entah apa-apalah Mama ni.

Sebab pagi-pagi dah kena keluar, tak sempat sarapan di rumah. Jadi, Mama belanja Papa & Raimie makan di Genki Sushi. Sedap - dan parah poket Mama. Huhuhu

Monday, January 21, 2008

Thaipusam Cuti!

Yeay Yeay! Thaipusam cuti. (Mama memang suka public holiday ni). Seronoknyer, tetiap minggu ada cuti. Minggu depan cuti Hari Wilayah. Minggu lagi satu, cuti Hari Raya Cina. Lepas tu duduk diam-diam sebab dah takde cuti sampai bulan lima.

Saturday, January 19, 2008

Sakit Belakang pula...

Sakit belakang pula Mama seminggu dua ini. Sakit yang teramat, sampaikan walau terbersin atau terbatuk pun pasti keluar air mata. Terpaksa pula berjumpa ortopedik hari ini. Jenuh dengan x-ray, dengan berjumpa ahli fisioterapi sampai terlupa nak ambil ubat di farmasi tadi. Pelupa betullah Mama ni...

Sibuk ke Gleneagles sebab doktor khuatir sakit melibat urat saraf. Silap-silap lumpuh! Tapi, alhamdulillah tiada yang serius, tapi ada tiga temujanji yang perlu dilaksana untuk bulan depan.

Dulu, semasa Mama kecil, Mama pernah merasa lumpuh seketika. Tiada rasa lansung pada kaki. Berulang-alik berjumpa doktor tanpa apa-apa hasil. Akhirnya, Atuk bawa Mama berjumpa bomoh di kampung. Alhamdulillah, dah berjalan pun Mama sekarang ni ye.... (Kata bomoh Mama terlanggar "tempat keras").

Pasal tempat keras ini, Mama dah banyak kali terkena sebenarnya. Ada satu masa, tidak boleh buka mulut hinggalah Atuk dapatkan air jampi. Bayangkan tak boleh makan dan minum! Pernah juga hilang suara selama sebulan. Ini semua gara-gara "bergumbira" di kawasan hutan sampai tak ingat dunia. Yelah, kalau makhluk halus marah kat kita, mesti ada sebabnya kan....

Wednesday, January 16, 2008

Mendaftar Masuk ke Sekolah Rendah

Baru-baru ini, Atuk dan Papa sibuk tentang pendaftaran sekolah Raimie. Atuk kata masuk SRK Brickfields 2 tapi Papa mahu anaknya itu masuk SRK Brickfields 1 sebab itu sekolah rendah Papa. Sebenarnya, mula-mula Atuk suruh mendaftar untuk ke sekolah di Bukit Bandaraya tapi Papa tak mahu. Hai... banyak sekolah, susah pula nak buat pilihan.
Masa Mama dulu, Atuk di Raub memang mahu masukkan anaknya di MGS. Pak Ngah pula masuk MBS (Mahmud Boys School). Sebab kononnya mahu anak-anak Atuk terer Bahasa Inggeris. Betullah kot.. (Hee... Mama tak malu, puji diri sendiri).
Papa beria-ia mahu masukkan Raimie ke sekolah lama Papa sebab katanya nanti Raimie boleh tengok Papa hebat (ye ke?) di bidang sukan balapan di sekolah. Ooooo... nak eksyen dengan anak rupanya... Pada Mama, Mama tak kisah. Yang penting sekolah ok, cikgu ok dan yang penting anak murid yang seorang ini mahu ke sekolah! Berbeza dengan zaman Papa, sekolah rendah Papa sekarang tidak lagi sekolah untuk budak lelaki sahaja. Zaman kan sudah berbeza...

Saturday, January 5, 2008

Makan Malam

Tadi, pukul 8 malam, Raimie, Mama dan Papa jemput semua adik-beradik Papa & Atuk juga ke Cititel untuk makan malam. Sebab ialah Papa belanja sebab Papa naik pangkat tahun ini. Semoga rezeki Papa semakin murah tahun ini!

Raimie seronok sangat meloncat-loncat di Citi Cafe, sampai termuntah. Alahai, anak Mama. Tapi kejap aje dia insaf (hehehe) lepas tu Raimie meloncat balik.

Yang Mama target ialah oyster. Memang Mama suka makan oyster. Raimie kata Mama macam Mr Bean. Ye ke? Hahahaha Mr Bean pun Mr Beanlah, asal dapat pulun puas-puas. Setengah dozen Mama makan. Puas hati.

Raimie pula, mula-mula minta aiskrim. Bila dah ambil, dia nak makan buah. Lepas tu semua tak diusik. Mama juga yang kena makan. Bila makan Jel-O laici tadi yang Raimie termuntah tu... Nasib baik tak kena baju. Kalau tak, mesti masam anak Mama!

Friday, January 4, 2008

Raimie dan Kelas Tadika

Masuk hari Jumaat ni, dah dua hari Raimie di tadika baru. Nampaknya Raimie seronok di situ. Banyak aktiviti yang Raimie suka. Baguslah, takdelah nanti anak Mama ni liat nak ke sekolah (tadika dulu cikgunya garang, jadi Raimie tak suka ke sekolah)

Yang kelakarnya, Raimie bercerita tentang kawan sekelas. Anak Mama ni duduk di sebelah seorang budak perempuan. Raimie kata budak itu comel sedikit sahaja. Tapi ada seorang budak perempuan yang lebih comel. Jadi, Raimie suka bermain dengan budak yang lebih comel itu. Papa ejek Raimie nak bercinta. Hahahaha... Macam-macam.

Masuk ke kelas hari ni pun dah tak ingatkan Mama dan Papa. Mama berhenti di depan sekolah untuk berborak dengan Mama-Mama yang lain. Yelah cerita tentang pendaftaran sekolah tahun depanlah, pasal belajarlah (ada juga gosip liar, hahaha). Tengok-tengok Raimie dah masuk ke kelas, dan tengah menyakat budak perempuan! Ha! Yang ini memang betul ikut perangai Papa. Papa masa muda-muda dulu memang suka menyakat perempuan.

Tapi, seperti tahun lepas, tiada peluang lah Raimie untuk jadi best student. Sebab nanti bulan 3 Raimie akan ponteng kelas 2 minggu nak ikut Mama dan Papa ke Jepun!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...