Di tapak kaki Mama ada tahi lalat. Opah pernah berkata, itu maknanya Mama akan berjalan jauh.
Mama tak pernah belajar di negara orang, tapi Mama puas juga dapat menjelajah ke negeri-negeri untuk menghabiskan persekolahan Mama.
Semasa di sekolah rendah, cuti sekolah Mama habiskan di rumah Moyang Raimie di Shah Alam. Belum pun sekolah ditutup secara rasmi, Moyang Raimie pasti akan datang menjemput Mama ke sana. Masa cuti Mama juga dihabiskan di Chenor, di rumah Tok Long (tanpa Atuk dan Opah dan adik-beradik lain) dan di Kepong (rumah Tok Hitam). Ketika kecil, puas melawat seluruh negeri-negeri di Malaysia bersama Moyang Raimie.
Kemudian, semasa darjah enam, Mama memohon untuk ke sekolah berasrama di Sabah. Bukan rezeki Mama untuk terbang ketika berumur 13 tahun agaknya, tapi Mama berpeluang belajar di Kuantan. Homesick, tiada sama sekali. Agak pelik bagi orang lain… Sekolah di Kuantan memang seronok, Mama berpeluang masuk Kelab Perahu Layar di sini. Tiap minggu mandi laut!
2 tahun di Kuantan, kami yang berada di Tingkatan Dua telah dipindahkan ke Kerteh. Setahun Mama di sana. Pengalaman yang menyeronokkan sebab sekolah di Kerteh itu memang sangat cantik. Dari bilik Mama (di bangunan apartment 10 tingkat) boleh nampak persisiran pantai.
Untuk masuk ke Tingkatan 4, Mama telah memohon untuk ke Terendak, Melaka. Sekolah terletak di dalam Kem Tentera. Rasional Mama, lebih kemudahan yang disediakan untuk anak-anak tentera di situ. Berpisah dengan sahabat baik (yang lebih pandai dan berjaya masuk ke Taiping).
Peluang belajar dalam bidang TESL Mama tolak selepas SPM, kerana penat rasanya tinggal berjauhan. (Ada sekali Mama tidak balik setahun, kerana sibuk menghadiri kem-kem cuti sekolah!) Alhamdullilah, MARA baik hati dan menawarkan Mama belajar bidang IT pula (walaupun ketika sekolah ini subjek lemah Mama).
Belajar tidak jauh, di Kuala Lumpur sahaja. Setiap hari berulang alik dari Klang (rumah baru Moyang) ke Kuala Lumpur. Penat? Masa itu, tidur pukul 2 pagi bangun pukul 5 pagi tidak menjadi hal pun!
Agaknya sebab banyak berpindah randah, sekarang ini Mama sudah penat. Mahu tinggal setempat, kalau boleh tinggal di rumah yang sama hingga akhir hayat. Melihat wajah Papa wajah yang bakal tua bersama dan anak Mama yang membesar.
Tidak tahu bagaimana arah tuju Raimie pula. Tapi Mama dan Papa ada satu harapan – untuk Raimie melanjutkan pelajaran di Jepun, supaya kami ada lebih alas an untuk melawat Jepun. Muahaha…

Wah..Lina..saya pun jika diberi pilihan, ingin tinggal di rumah yang sama selamanya...namun apa daya...dah itu tuntutan kerja suami. Kena berpindah tiap 2 atau 3 atau 4 tahun...hu hu hu
ReplyDeleteOps..lupa la pulak..terleka dgn entry ini.nak ucapkan terima kasih atas info pokemon tu..insyaAllah ada rezeki...sampai la kami ke sana nanti..
ReplyDeletetapi saya nak juga rasa pindah ke Jepun Ka Ani. hihihi
ReplyDelete