Monday, January 28, 2013

Ikan Bakar

Tak payah ikan mahal. Resipi glemer pun tak perlu.
makan dengan cencaluk ke, budu ke, sambal belacan ke, tempoyak ke... dan ulam-ulaman.

Memang sedap. Kan? :)

Saturday, January 26, 2013

Mari Aktif!

Pagi tadi, semua bangun pagi-pagi sebab nak ke Lake Garden. Ada latihan untuk persiapan Gold Coast Airport Marathon kelolaan Jamie & Runners Malaysia setiap Sabtu mulai minggu ni.

Raimie dan Papa ikut sekali jadi dapatlah semua beriadah kan... Tak lari takpe. Keluar & jalan-jalan pun bakar kalori jugak. ^^

Lepas Lake Garden, sarapan kat Starbucks di Bangsar Village lak.
Hazelnut hot chocolate beli kat Starbucks. Cornish pasties tu beli kat Hiestand. Seeedaaaaaappppp.....

Lepas jalan-jalan kat Bangsar, melalut pegi Tropicana Mall pulak. Konon-konon saja nak tengok kasut tapi alih-alih, bawak balik sepasang jugak! ASICS lak tu.... Kering poket makcik. Huhuhu
Lepas tu, dah daftarkan satu keluarga (kami bertiga la...) untuk Pisang Relay. Lari satu team. Bulan 5 nanti. Anak Mama BOLEH! :)


Wednesday, January 16, 2013

Nasi Daun Pisang

Pergh.... memang sedap.
Jemput makan! :)

Thursday, January 10, 2013

Minggu Mula 2013

Penutup minggu 2012 dengan Larian Newton Challenge untuk Mama.

Minggu pertama 2013 dengan Multi Purpose Insurans pulak. Larian gembira-gembira sempena minggu pertama tahun 2013. Banyak bertegur sapa dengan orang. Nak tahu cerita, lawatlah blog lagi satu. ^^

Raimie pulak dah mula Darjah 5. Dah besar dah kan?

Minggu lepas, borong buku kerja untuk Raimie. Dia masih tak pergi tuition. Selagi Mama & Papa boleh ajar, tak yah lagi la... kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...