Thursday, May 26, 2011

Nasi Campur

Sekali-sekala makan nasi campur, alahai... nikmatnya.

Memang sekarang ni dah jarang makan nasi untuk makan tengahari, jadi takde lah ke turun ke "Makan Place" untuk beli nasik.Sebat oat & buah je selalu pun...

Bila dah ke sana, tengok segala macam lauk pauk... aduhai. Terguguat jiwa raga. Rasa macam semua nak diambik!

Dan lauk untuk makan tengahari semalam - kerabu pucuk paku, gulai keladi & sambal ikan bilis petai. Pergh! Nikmat!

Tuesday, May 17, 2011

Jering & Asam Rong

 
Antara benda yang best kalau balik kampung. Dapat makan sambal jering dan jugak asam rong. Boleh tambah berpinggan-pinggan. Kalau ada petai, pergh! Lagilah nikmat. ^^

Sunday, May 15, 2011

Pak Ngah Dah Nikah

Tahniah Pak Ngah!

Thursday, May 12, 2011

Hari Sabtu Yang Bakal Sibuk

Esok dah Jumaat. Lusa dah Sabtu. Dah dua minggu berturut-turut, takde rehat di rumah hari Sabtu. Raimie ada kelas ganti minggu lepas dan minggu ni pulak, ada Hari Sukan.

Hajat dihati nak jadi photographer Pak Ngah Raimie yang bakal nikah hari Sabtu ni pun tak kesampaian nampaknya.

Lepas Hari Sukan nanti, terus kena bergegas balik Raub. Mungkin tak sempat nak ke majlis nikah, tapi balik jugaklah... boleh gak jumpa sedara mara.

Apa plan korang hujung minggu ni? Ambik cuti ke hari Isnin nanti?

Tuesday, May 10, 2011

Dilema...

Geramnya rasa... apa taknya. Dah dapt quotation (sebut harga ye?) untuk repair treadmill kat rumah yang rosak tu. Nak tahu berapa? RM900! Itupun lepas diskaun! Ades....

Nak ke gym kat rumah tu, asyik penuh dgn Pak-Pak Arab pulak. Tak berkenan nak masuk bila diaorang penuh kat situ. :(

Rajin betul Pak-Pak Arab nih. Tiap-tiap malam, mesti penuh gym tu. Nak guna treadmill pun tak dapt sebab semua mesin diaorang dah conquer. Huhuhu

Nak berlari keliling kampung? Panas lah.... jalan kaki sepuluh minit pun dah kering giler anak tekak. Inikan pulak nak berlari 1 jam. Mau pengsan lepas tu! @.@

Adakah patut Mama join balik gym kat MidValley nih? Dari bayar RM900 repair treadmill, baik bayar membership, rasa-rasanya kan?

Hai... kenapa lah masa-masa nak simpan duit untuk cuti-cuti ni, banyak pulak nak kena pakai duit?

Tak bersenam. Mau sakit satu badan! Lagipun, kalau tak bersenam, kang masa cuti buruk pulak gambar. Sebab Mama gemuk! Hu.... Tak sanggup!

Sunday, May 8, 2011

Menu Hari Ibu

Buat apa untuk Hari Ibu? Papa dan Raimie hari ini manjakan Mama. Cuti masak sebab untuk makan pagi & tengahari, Papa yang masakkan. Terima kasih Papa & Raimie! Sayang korang. ^^ <3

Papa memang terer masak steak. Dan ini steak istimewa sebab guna daging lembu wagyu. Semput juga nak beli. @.@

Hari Bapa nanti nak buat apa ye untuk Papa?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...