Friday, December 31, 2010

Jalan-Jalan Pusing KL

Mak aih! Lamanya bolg ni tak berupdate ye... Susah nak menulis dlm bahasa Ibunda berbanding dengan bahasa bisnes lah nampaknya Mama ni...

Sebab dah sekian lama bersawang blog ni, kita letaklah sikit gambar kita  ambik masa jenjalan bawak kawan Mama dari Tochigi hari tu.

Mula-mula, kita makan tengahari di Pasar Seni. Kat kedai teh Melayu (direct translation dari nama omputehnya - Malay Tea House). Hohoho
Lepas tu, kita bakar segala kalor berjalan ke Bangunan Sultan Abdul Samad & main kejar-kejar kat Dataran Merdeka. Seronok jugak buat aksi2 pelancong nih!
Dah habis bersessi fotografi kat sana, kita gerak ke Stesen Keretapi KTM pula. Penat weh, jalan dalam panas!
Masa tu dah nak masuk Asar, nak bawak kawan Mama ke Masjid Negara nanti dia tak boleh masuk sebab masa pengunjung ialah luar dari waktu solat. Kita masuk pula ke Muzium Kesenian Islam.
Dari Muzium, kita pusing-pusing Lake Garden kejap dan bila dah pukul 5.30pm (masa terakhir untuk pelawat ke Masjid Negara); kita terus ke Masjid Negara. Ramai staff Masjid yang sangatlah ramah di sana. Ada juga volunteer bertugas yang boleh membantu dan menjawab apa2 pertanyaan dari pengunjung asing di Masjid tu.
Lepas tu, makan malam kat Dapur Penyet di Maju Junction. Pegi ke Maju Junction tu pun sebab nak parking. Kalau tak dah lama dah masuk Sogo je. Huhuhu. Makan malam hari tu - ayam penyet
Lepas makan barulah ada tenaga nak join orang ramai kat pasar malam Jalan TAR.
Jenjalan sampai 9 jam hari tu! Pergh! Tapi hari yang sangat2 menyeronokkan. Best! :)

6 comments:

  1. Its been ages tak jalan TAR pada malam. tQ maybe might make a trip for old times sake haha.

    ReplyDelete
  2. @bananaz,
    for old time's sake. Bunyi macam sudah tua lah! LOL

    ReplyDelete
  3. hehe, macam pelik baca blog Lina ni dalam bahasa melayu

    ReplyDelete
  4. takde apa yang pelik. Saya ni kan orang Melayu. ^-^

    Cuma kurang menulis dengan lancar dlm bahasa Ibunda sahaja. :)

    Ini belum lagi kalau saya menulis dlm loghat Pahang! LOL

    ReplyDelete
  5. you are the 3rd person this month posted on malay tea house, memang sahih2 i musti gi, always nampak yummy makanan diarang.

    ReplyDelete
  6. @Lily,
    Hi. Sapa lagi. Jgn2 yg sorang of the 3 tu, jugak tak? Bawak Anna jalan2 hari tu? ^_^

    Suasana kampung tu yang mahal, kalau gi Malay Tea House tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...