Masa balik Raub minggu lepas untuk sambutan Hari Raya Haji, buatlah sekali sambutan hari jadi Raimie. Ingatkan macam tahun lepas, buat kecik-kecik aje, ajak budak-budak kawasan rumah datang makan selain dari sambut dengan Makcik & Pakcik Raimie (dan Atuk dan Opah). Tapi rupa-rupanya, Opah suruh buat kat balairaya kat sebelah surau. Tu dia! Terlebih meriah lah pulak, terlampau meriah sampaikan ramai yang datang tu pun bukannya kita kenal pun. Huhuhu Kalah hari jadi anak penghulu kampung! Muekeke
Posing-posing ambik gambar sebelum, semasa dan selepas majlis. Seronok Raimie dapat hadiah dari Makcik & Pakcik dan juga dari Wan Teh & Tok Ucop. Terima kasih. Tahun depan bagi lagi. Hihihi
Malam tu pulak, barulah dapat peluang betul-betul bersama ahli keluarga sambut hari jadi Raimie. Glemer Raimie tahun ini menyambut hari jadi ke 7. Berapa kali tiup lilin kek kan?
Apa-apa pun, terima kasih Makcik dan Pakcik sebab tolong "menjayakan" majlis. Jasamu dikenang. Hihihi
Tahun depan, kita tiga orang ajelah ye sambut hari jadi ye?
Happy belated birthday raimie.. semoga jadi anak soleh..
ReplyDeletefrom aunty yg semakin malas bukak blog.. hiihii..
@kasih nash,
ReplyDeletemakasih, makasih.
Mama Raimie pun dah jadi malas nak apdet blog sekarang ni. Huhuhu