Saturday, November 21, 2009

Majlis Anugerah Cemerlang

Semalam, Mama & Papa ke sekolah Raimie nak menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang sekolah Raimie. Kena datang sebab 1. Raimie ambik hadiah - dia dapat nombor dua. 2. Papa AJK PIBG, jadi kenalah datang.

Untuk Darjah satu, hadiah terbaik untuk mata pelajaran individu, semuanya hampir disapu bersih oleh budak yang dapat nombor satu. Chirag namanya. Emaknya orang Gujerat. Ingatkan, Raimie bolehlah conquer BM, tapi Chirag dapat itu terbaik juga untuk BM - Penulisan. BM - pemahaman, Fatin yang dapat. Yang lain, semua Chirag sapu. Tak ada pulak hadiah untuk mata pelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam - yang itu Raimie dapat highest. Terer tak Raimie? :)
Raimie dengan Guru Besar.

Papa pun tak kurang glemer semalam. Papa naik pentas bagi hadiah untuk Anugerah Sukan; Sepak Takraw & Olahraga. Ini Abang Ariff, yang dapat nombor satu untuk 6 Wawasan, Anugerah Atlet Sepak Takraw dan Hadiah Penghargaan SPBT sekolah.

Lepas tu, ada hadiah kahs untuk abang-abang (ya, abang-abang aje) yang dapat 5A untuk UPSR. Budak-budak tahun 6 semuanya lelaki, sebab sekolah Raimie ni baru 5 tahun menerima pelajar perempuan. Sebelum tu sekolah Raimie ni sekolah lelaki sahaja. Macam sekolah Pak Ngah lah, sekolah Mahmud kat Raub tu...

Tahniah Raimie! Tahun depan usaha lebih lagi. Jangan asyik main games dengan main kad aje ye. :)

4 comments:

  1. no. 2 ok lah tuh terus berusaha

    btw budak gujerat tuh terror BM ker???

    ReplyDelete
  2. Itulah Yatie, budak Gujerati tu tere BM tu... padahal mak dia tak pandai cakap BM pun.

    ReplyDelete
  3. Lina...
    biasanya bangsa asing ni diorang terer BM bab penulisan & grammar jer...belajar utk exam!!!
    maaa...tapi yg pandai cakap tu pon ada la jugak kan...

    ReplyDelete
  4. @Su,
    ye jugak kan... lagipun, yg tak pandai BM kat sekolah Malaysia ni, silap silap kena masuk kelas lemah pelajaran walaupun subjek lain dia pandai.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...