Hari ini Mama ke pejabat pos. Nak menghantar bungkusan ke US. Sampai giliran, Mama pun beritahu pekerja di kaunter: "Dik, hantar pakai surat register ye". Tapi agaknya sebab dia nampak alamat ke US tu, terus speaking orang putih dengan Mama. Dan cara dia bercakap macam dia ingat Mama tak paham Bahasa Malaysia. Nampak macam orang asing ke Mama ni? Kawan2 kata mungkin diaorang ingat Mama orang Jepun. Muahaha!!! Maklumlah, hari ni pakai baju dari atas sampai ke bawah (termasuk yang kat dalam sekali) yang dibeli dari sana. Wakaka...
Kadang-kadang rasa susah nak berbahasa Melayu di negara sendiri. Pegi Yuzu, sah pelayan kat sana tak paham sebab mereka orang Filipina. Nak makan kat kedai pancake kat MidValley tu, pekerjanya macam Bangladeshi. Pak Guard kat parking Gardens pun guard Gurkha. Janganlah tanya dalam BM kat diaorang tu. Kat ofis ni, kadang-kadang adalah berbahasa Melayu. Tapi kalau nak suruh budak-budak kat sini cakap Melayu, karang Mama pulak yang jadi pening dok nak fikir apa sebenarnya yang diaorang nak cakap. Huhuhu...
Nasib baik lah, tambi-tambi kat kedai Mamak kat rumah kita tu boleh faham Bahasa Melayu kan?
Tapi kan, pelik juga rasanya... orang Malaysia yang dah tinggal di negara ni berpuluh tahun tak mampu berbahasa Malaysia tapi orang Bangladesh yang baru datang 2-3 tahun, boleh pulak bertutur bahasa Malaysia. Dan ada juga orang pandang rendah bila pergi ke hotel 5 bintang, tak cakap omputeh.
Dan pelik juga kan, ada orang tu... blog BM malas nak hapdet. Blog yang lagi dua tu rajin betul dia update kan? Adoi! Sakit batang hidung!

Ahli politik dan artis-artis pun bila bercakap suka campur-campur Bahasa Melayu dan Bahasa Orang Putih. Ada kelas lah konon......
ReplyDeleteMereka tak sedar kah yang di Amerika tu 'orang gila' pun cakap dalam Bahasa Orang Putih.
Berbangga lah dengan apa yang kita ada.
@Pak Man,
ReplyDeletetepat sekali! Kat Amerika tu bersepah orang cakap omputeh! Kah Kah Kah
Drama kita pun dah penuh dengan dailog omputih
ReplyDelete@pB,
ReplyDeletekonon nak tunjuk, mak datin & datuk-datuk takde kelas cakap melayu sahaja. Tapi dialog drama tu lintang pukang jugak BI nye kan... buat malu aje...
bad.. paragraph akhir tu paling best tu
ReplyDeleteeh aku cakap omputeh gak nih
keekekkekekekkk :D
@syidot,
ReplyDeleteaku memang tulis khas perenggan akhir tu untuk ingatan sesama sendiri.
Skema tak ayat aku nih? Muahah!!!
haha.. i pon gelak baca ayat tu... :D
ReplyDelete