Hari Khamis minggu lepas, Raimie balik tanpa pensil warna yang baru Papa & Mama beli untuk dia. Bila Papa periksa beg dia, tak ada. Tanya kat Raimie mana pensil warna dia, dia cakap tak tahu. Tanya kot-kot dia tertinggal kat sekolah, dia cakap tak sebab dia kata dah masukkan dalam beg.
Teruk juga dia kena marah dengan Papa hari tu. Raimie ni kadang-kadang memang careless/cuai sikit dengan barang-barang dia. Itu yang Papa kena tegas sikit.
Sebelum ke sekolah hari Jumaat lepas, dah pesan pada dia, tanya kat kawan-kawan. Mana tau diaorang ada nampak. Kalau tak ada juga, pesan pada Raimie suruh minta tolong Cikgu.
Hari Isnin, Raimie balik sekolah dengan pensil warna yang hilang minggu lepas. Kata Raimie, kawan sekelas jumpa dalam beg dia. Apa-apalah... yang penting dapat balik pensil warna tu. Kalau tak Raimie kena guna pensil warna buruk dia yang 12 batang aje. Pensil warna baru tu, pensil warna 24 batang.
Selesai masalah... tapi kesian Raimie hari tu kena marah kan?