Wednesday, April 22, 2009

Hari Sukan Selesai Sudah

Dah habis pun hari sukan. Dah tak payah Mama & Papa bergilir tunggu Raimie kat sekolah masa hari latihan. (Sebenarnya Papa yang banyak ke sekolah daripada Mama).

Dari lima acara, hampes sahaja. Wakaka...

Sebenarnya, adalah dapat hadiah hamper, tapi cikgu agih kat sekolah kot. 3 acara ala-ala sukaneka dan dua acara lumba lari. Acara sukaneka yang dapat hadiah hamper. Acara lari mestilah dapat medal.

Papa kata Raimie ikut Mama sebab tak dapat medal. Huhuhu... Yelah, Encik Zaini tu wakil sekolah masa kecik. Biasa berlari kat Stadium.

Tahun depan cuba lagi ye... Yang penting dapat pengalaman dan enjoy hari sukan. Mama & Papa lak, enjoy gelakkan budak-budak masa acara sukaneka. Kejam sungguh! Hihihi

Papa pulak jadi judge untuk pertandingan khemah tercantik. Untuk tak jadi bias (nak gak suruh bias bagi rumah hijau menang. Hihihi), Papa bagi markah yang sama untuk rumah hijau & rumah biru.

Nak tengok gambar lagi, jemputlah ke blog satu lagi - blog dalam bahasa omputeh pula.

Kepenatan betul Raimie hari tu. Masa pegi makan kat Sushi Zanmai, dia tertidur... Tapi dapatlah Mama makan dengan aman. Kalau tak, asyik nak main kat bawah meja aje anak Mama yang sorang ni.

Gambar kat atas tu, gambar Raimie dengan geng lari 50m berganti-ganti. Lagi dua orang ada kat belakang - sorang tengah monyok (stress kot), sorang main lompat-lompat. Budak-budak lah katakan...

Owh, by the way, semalam dapat keputusan ujian untuk SRA (Sek Rendah Agama). Raimie dapat nombor 3. Hari tu, periksa kat sekolah kebangsaan, Raimie dapat nombor 2. Teruskan usaha ye, anak Mama ye...

6 comments:

  1. Tahniah Raimie, mula-mula no.3 lepas tu no.2 dan lepas tu no.1 lah pulak.

    ReplyDelete
  2. sekolah raimie dah sukan dah yer.. sekolah abg niel belom la.. hari kantin belom.. tapi sekolah ganti untuk raya puasa akan datang dah start.. 2 hari kena ganti.. 2mggu lepas dan ganti 1 hari.. lagi 1 hari bulan depan pulak.. wahhh.. nak raya.. 3 bulan jer lagi... :)

    ReplyDelete
  3. cepatnya kelas ganti... cepatnya nak pose & nak raya ek...

    Abg Niel & Mama Niel dah tempah baju raya belum? Ke dah siap rembat masa kat Bangdung hari tu? :P

    ReplyDelete
  4. mama niel jahit sendiri.. takat baju kurung pesak ngan baju melayu niel ngan dada tu.. lepas la.. kain dah ada.. tapi mama niel dok pegang letak pegang letak je kain tu.. mood belom mari.. bila nak siap tak tau.. hiihii..

    ReplyDelete
  5. @kasih nash a.k.a Mama Niel,
    takpa, time bula pose nanti sure dtg mood dia tu. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...