Dulu orang panggil Hari Kantin. Sekarang orang panggil Hari Keusahawanan. Sabtu minggu lepas ada Hari Kantin kat sekolah Raimie.
Sebulan sebelum tu, dah dapat surat dari sekolah minta sumbangan. Mama & Papa pakat bagi sekaton air kotak soya dan sardin dalam tin aje. Itupun last minute baru hantar ke sekolah sebab takkan nak suruh Raimie yang mengangkut benda tu naik bas sekolah pulak kot! Teringat masa kat MGS dulu, opah bagi sumbangan agar-agar bunga ros untuk hari kantin.
Seronok jugak pergi sekolah Raimie hari tu. Bukan saja ada gerai makanan & air, ada gerai games jugak. Yang dalam gambar tu main baling tin. Lupa lak apa hadiah dia. Kereta kontrol kot. Ada gerai lucky draw (hadiahnya, ada tiket naik keretapi pergi Segamat dll & hamper dari barang-barang sumbangan ibu bapa). Siap ada rumah hantu.
Raimie paksa Mama & Papa beli kupon sampai RM50 sebab sapa beli banyak dapat hadiah. Ada ka.... Papa bagi dia beli kupon RM30 aje. Cukuplah. Banyak-banyak buat apa? Kupon dia pun habis sebab beli mainan gasing Spiderman. Sebijik aje dah RM8!
Setakat ni ok lagi gasing tu. Tak tahu tahan sampai bila. Huhuhu
Askm! my first time jumpa blog "raub" ni.
ReplyDeleteJeep yang ada sticker MUFC tu biasa tengok.
Raub kat mana ye?
@Tabib,
ReplyDeleteSelamat datang. Welkam!
Femes jugak jeep jimny tu ye? Hihihi. Kat Sg Lui
Dua hari lepas Pak Man ada berselisih dengan jeep atok Reimie tu......baru balik dari Ulu Sungai agaknya, banyak juga hasil dari sana .....penuh kat atas bumbung tu. Semoga bertambah murahlah rezekinya.
ReplyDelete@Pak Man,
ReplyDeletekami pun harap begitu. :) Alhamdulillah, setakat ini.
sekolah niel belom lagi hari kantin ni.. minggu ni tengah periksa penggal.. may be lepas2 ni kot..
ReplyDelete@kasih nash,
ReplyDeletedah periksa ke? Good luck ye! Score best best.
Raimie lepas Maulud Nabi nanti baru periksa