Wednesday, February 25, 2009

Hari Kantin

Dulu orang panggil Hari Kantin. Sekarang orang panggil Hari Keusahawanan. Sabtu minggu lepas ada Hari Kantin kat sekolah Raimie.

Sebulan sebelum tu, dah dapat surat dari sekolah minta sumbangan. Mama & Papa pakat bagi sekaton air kotak soya dan sardin dalam tin aje. Itupun last minute baru hantar ke sekolah sebab takkan nak suruh Raimie yang mengangkut benda tu naik bas sekolah pulak kot! Teringat masa kat MGS dulu, opah bagi sumbangan agar-agar bunga ros untuk hari kantin.

Seronok jugak pergi sekolah Raimie hari tu. Bukan saja ada gerai makanan & air, ada gerai games jugak. Yang dalam gambar tu main baling tin. Lupa lak apa hadiah dia. Kereta kontrol kot. Ada gerai lucky draw (hadiahnya, ada tiket naik keretapi pergi Segamat dll & hamper dari barang-barang sumbangan ibu bapa). Siap ada rumah hantu.

Raimie paksa Mama & Papa beli kupon sampai RM50 sebab sapa beli banyak dapat hadiah. Ada ka.... Papa bagi dia beli kupon RM30 aje. Cukuplah. Banyak-banyak buat apa? Kupon dia pun habis sebab beli mainan gasing Spiderman. Sebijik aje dah RM8!

Setakat ni ok lagi gasing tu. Tak tahu tahan sampai bila. Huhuhu

Saturday, February 21, 2009

Kek Hari Jadi Untuk MakDe & Najwa

Lepas rombongan merisik balik, kita pakat potong kek untuk harijadi MakDe & Najwa. Raimie dengan Oni tu menyibuk aje. Siap berebut nak tiup lilin. Hahaha





Mintak maaflah kalau sapa-sapa tak cukup makan kek. Mama beli kek kecik aje hari tu. Tak sangka lak ramai yang datang ke rumah Atuk.

Saturday, February 7, 2009

Gambar Lata Lembik

Kalau ke Lata Lembik, ini lah tempat "port" kita. Memang setiap kali pergi akan ke sini sebab kat sini ada tempat sesuai untuk Papa berendam. Papa berangan dia tengah duduk dalam rotenburo tu. Bezanya, rotenburo tu airnya panas, air kat Lata Lembik sejuk! Wakaka...

Makcik Midah kata, elok pergi Pulau Cerkas sebab Lata Lembik ni, airnya deras. Tapi untuk Papa, dia suka ke sini sebab selalunya tak ada lah ramai sangat orang kat sini. Kononnya amanlah sikit dia nak berendam.

Teringat masa kecik Mama dulu, kalau nak piknik, Atuk bawak pergi Hutan Lipur Lentang. Jauh berjalan (oooppps, naik kereta, mampus kalau nak berjalan sampai Lentang!) Hahaha... Tak pernah lak Atuk bawak kami adik beradik pergi Lata Jarum. Tapi kalau setakat nak mandi sungai tu, balik Semantan boleh main air, tak payah susah-susah carik tempat air terjun. Kan? Kan?

Bercakap pasal mandi sungai, sapa ada batu ni kat dalam bilik air? Batu ni bagus untuk menggaras segala macam daki. Hari tu pun, bawak balik satu sebab Raimie sejak dah masuk sekolah rendah ni, berkarat aje badan dia. Huhuhu

Tapi ada yang tak sedap dipandang masa kat Lata Lembik. Sampah merata-rata, ada serpihan kaca (botol arak) bagai. Tu, Mama ambil gambar diaper yang ditinggal kat sana. Susah sangat ke nak bawak balik diaper busuk anak sendiri? Nak biar benda tu kat sana sampai bila? Ada orang MDR nak tolong kutipkan ke? Memang tak civic-minded sungguh!

Wednesday, February 4, 2009

Gambar Majlis Merisik Makcik Emi

Ini gambar masa orang datang merisik Makcik Emi, 24hb Jan tempoh hari. Asalnya janji datang lepas Zohor (pukul 1 lebih) tapi sebab traffic jam punya pasal, pukul 3 lebih baru rombongan sampai. Itupun nasib baik diaorang tahu jalan lama, sebab suruh diaorang lalu jalan Sungai Chetang. Kalau ikut jalan baru tu, alamat pukul 5 baru sampai kot!

Sekarang ni, kalau nak cuti panjang, nampak gaya nak ke Bentong & Raub, kena teruk tempoh jam lah ye, silap-silap perjalanan dua jam jadi 4 jam! Tu yang tak tahan tu.

Berbalik pada cerita orang datang merisik. Ni ada sikit gambar. Majlis yang simple aje. Eloklah simple, nak berlebih-lebih pun buat apa.

Makcik Emi menayang cincin baru. Hehehe...

Emi, kalau ko baca blog ni, nanti-nanti lah Along letak kat Facebook. Malas nak upload guna komputer rumah sebab slow. Kat ofis lak Facebook dah kena ban. Huhuhu

Sunday, February 1, 2009

Gambar Semuanya Selamat!

OK, baru aje menggodek memory card kamera yang dah kong hari tu. Alhamdulillah, gambar-gambar semua selamat.

Tu, gambar Raimie tengah sibuk main basuh kain kat Lata Lembik hari tu. Tapi bukan masa ni baju dia hanyut.


Masa dia nak gi ikut Papa lepak berendam tu, baju dia terlepas dari tangan & hanyut. Mama masa tu, tengah berdiri kat bawah, so Mama lah yang kena kejar baju tu. Kejar punya kejar, masuk tempat dalam, habis masuk air lah kamera yang duduk dalam poket belakang seluar. Nak wat camne kan? Huhuhu... Ganti lain ajelah, kamera tu pun dah lama beli.



Yang ini pulak, gambar model handphone baru Mama. Mamabeli handphone SE K770i. Murah aje, takdelah canggih mana pun. Ada kamera, boleh dengar music dan yang penting boleh telefon & sms orang, cukuplah kan?

Lepas ni, tengok kamera pulak. Kalau ikutkan hati, memang nak DSLR sebijik, tapi mungkin bukan masa terdekat ni kot. Tengoklah nanti. Ada rezeki, belilah satu, kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...