Saturday, November 8, 2008

Mini Konvokesyen Untuk Raimie

Baru balik dari acara mini konvokesyen Raimie. Mini sebab hari Selasa ini ada majlis penyampaian sijil peringkat Lembah Pantai pula. Hari ini dibuat di dewan sekolah sahaja.

Raimie sibuk juga untuk persiapan majlis hari ini. Kena berlatih menyanyi untuk koir, masuk pertandingan hafazan ayat lazim dan menari tarian tradisional. Yang Raimie tak masuk ialah pertandingan pakaian beragam.

Alhamdulillah, pertandingan hafazan Raimie dapat nombor 3. Tapi anak Mama tak puas hati sebab dia kata dia patut dapat nombor satu sebab Ustazah puji dia baca sedap. Hahaha...

Hari Selasa minggu depan, Mama & Papa tak dapat cuti jadi Raimie kena ke majlis penyampaian sijil dengan cikgu. Ingatkan tak payahlah suruh Raimie pergi, sebab ambil sijil sahaja tapi sebab dia masuk group menari, kenalah pulak dia hadir. Kesian anak Mama nanti. Tengoklah kalau Atuk sanggup temankan dia nanti.

2 comments:

  1. omedetou raimie-kun(*^-^*)
    blajaq ghajin2 no!sok dh besaq mai blajaq di nihon plak..bleh jumpa otromen tiap2 hari..yahh!

    ReplyDelete
  2. Tenkiu Auntie Umie & Abg IQ! Yosh! Nnnt mesti Mama brainwash belaja ke Jepun punya. Hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...