Sunday, July 6, 2008

Makan-Makan Hujung Minggu

Hari sabtu, aktiviti menghabiskan minyak dan duit bayar tol. Hehehe... Pegi makan ikan bakar di Tanjung Harapan, Port Klang. Semua adik beradik Papa ada. Seronok sangat. Tapi Raimie macam biasa, lebih nak main dan susah nak makan. Lepas semua dah kenyang, kaum lelaki buat aktiviti amal, tolong tolak kereta rosak. Huhuhu...

Mula-mula sampai Tanjung Harapan, tengok pemandangan dulu (dan skodeng orang ber"chenta")


Ini meja premium. Penuh pinggan satu meja


Meja ekonomi. Hehehe


Papa mem"belasah" kepala ikan


Hari ini pula, adik beradik Mama datang berkumpul. Cik De nak ambil barang baby - maklumlah, Cik De dah nak bersalin. DAri beli barang baru, baik jimat duit dan pakai barang baby Raimie. Lama dah simpan, baru sekarang ni lah Raimie nak dapat sepupu.

Sebab sink tersumbat, Mama malas nak masak (alasan sebenarnya), jadi makan kat Pizza Hut. Mula-mula tadi, dah order Domino's Pizza, tapi diaorg call balik kata order dah full, kalau nak juga, kena tunggu 2 jam. Gilo ke ape??! Baik pegi Jusco.

4 comments:

  1. hi Bad...
    wah. tak sangka ko dah jadi wife and mama.

    ReplyDelete
  2. Syima!!!!!
    ko camner lak? dah kawen ka?

    ReplyDelete
  3. syokkan..sekali sekala berkumpul...(kazoku danran)

    ReplyDelete
  4. @Nash,
    itulah, tapi nak berkumpul tu pun, walau semua kat KL, bukan senang tu. Maklumlah, semua ada hidup memasing...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...