Saturday, July 26, 2008

Ke Taman Warisan Pertanian





Minggu ini kita semua ke Taman Warisan Pertanian pula. Seronok Raimie berlari-lari di sana. Dibandingkan dengan Taman Botani atau Wetland, Taman Warisan Pertanian lebih terurus dan terjaga. Malah ada gerai makanan dan cenderahati di tempat masuk.

Dapat tengok nenas, pokok pisang hiasan, ciku, mata kucing, durian, pulasan, delima, kedondong, nona dan rambutan. Yang tak ada dalam gambar : nangka, cempedak, belimbing, buah naga.... oooo macam-macam ada kat situ.

Lain kali masuk lebih dalam lagi, sebab tadi kita ke sana agak lewat jadi hanya pusing-pusing sedikit sahaja. Boleh tengok pokok getah pulak. Lagipun, nak pergi beli buah kat Agro Bazaar.

Dari 23hb Julai hingga esok (27hb), ada Promosi Produk Agro di Taman Warisan Pertanian. Apa lagi, borong buah!

Di Taman Warisan Pertanian ni, tak boleh petik buah. Geram tengok buah-buah yang berjuraian. Tapi tak tahan juga, apatah lagi melihat pengunjung lain selamba memetik. Akhirnya, Mama, Papa dan Raimie petik buah rambutan sebutir sorang. Hehehe.... Sorry!

Highlight of the day : makan durian! Mama & Papa beli buah durian & buah salak. Mmmm... tak sabar nak makan.

Nyum nyum...

BTW, dpt SMS atuk Raub pesan kalau nak makan durian orang Asli, bagitau dia. Durian orang Asli Ulu Sungai ni mcm D24. Sedap.

Lagi tempat nak sebat durian - kat Bentong. Kawan Mama di Bentong pesan, hujung bulan lapan boleh serbu dusun makan durian. Durian Bentong pun sedap!

4 comments:

  1. pandai tunjuk mana takde kat sini ye...tadi kami carik durian kat shibuya..ada sebijik 3000 yen...but dah siap bukak...tapi isi masih di ruang dlm kulit...mmm cancel....yg dah bukak dlm plastik...6 ulas...1800 yen... cancel...mmm zah yg sibuk mencari...hmmmm

    ReplyDelete
  2. @Nash,
    hehehe... jgn mare. :D

    ReplyDelete
  3. lina...

    amboi amboi sedapnya durian dia...durian org asli tu mmg lain dari yg lain enaknya kan...hanya yg merasa tahu membezakan....hmmm...yuymmmy ..yummy...(dlm ingatan aje laa)...entah la bila dapat merasa. Makankan utk kak ani sama ye

    ReplyDelete
  4. @Kak Aini,
    memang sedap kan Kak Aini.

    Nnt saya makan untuk Kak Aini ye. Hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...