Dah lama juga kita tak ke Taman Botani. Tapi, alhamdulillah kali ini kita datang, keadaan di taman ini lebih terurus. (Mungkin sebab ada "function" yang bakal diadakan, jadi rumput berpotong, bunga-bungaan pun lebih tersusun dan daun-daun habis semua disapu.
Pusat Aktiviti Air yang kini terbiar sepi. Sudah tiada bot kayuh untuk pengunjung sewa. Nak kata tiada pengunjung, dulu ramai juga ke sini, termasuklah kita sekeluarga
Dah datang kali ini, Raimie dapat tengok tupai yang banyak melompat dari pokok ke pokok. Tak dapat ambil gambar, sebab tupai-tupai tu laju sangat bergerak. :D
Ramai juga pengunjung dengan kamera berlensa besar, datang mengambil gambar hari ini. Dan nampak lebih ramai orang sebab ada rombongan dari UIA hari ini. Jadi Taman Botani lebih meriah hujung minggu ini.

No comments:
Post a Comment