Saturday, April 26, 2008

Mabuk McDonalds

Hehehe, bukan apa... rasa asyik makan McDonalds sejak dua menjak ni.. Tapi semua free, sebab kalau sendiri, memang dah lama muak makan dah...

Minggu lepas dan sabtu minggu ni kita makan pagi di McDonalds sebab Papa ada banyak kupon Sausage McMuffin (ke apa nama ntah). Jadi, pagi-pagi kita berkampung di McDonald's Bandar Tun Hussein Onn. Seronok juga duduk di sana, Raimie pun seronok bermain di Play Area & dapat kawan baru. Tapi minggu ini lebih ramai orang dari minggu lepas, mungkin sebab minggu ini minggu terakhir tebus kupon. Kupon percuma pun, tambah pesanan air oren & kopi, tup tup habis juga RM10 kan...

Dan pagi ini dapat tengok Papa marah orang yang tak reti beratur. Hehehe.. Kadang-kadang takut juga bila Papa angin, sebab Papa suka sound pedas gila... Papa tak suka marah jerit-jerit macam Mama, kalau Papa sound orang, suara rendah aje. Tapi pedas wooo... Kalau Papa marah pada Mama, terus tak keluar suara. Lagi teruk. Huhuhu...

Di pejabat pun Mama makan McDonalds. Makan ramai-ramai ni memang seronok. Pening budak McDonalds melayan pesanan lebih RM200/=. Kuang kuang kuang. Siap tebus kupon-kupon yang banyak sebab kupon tu bakal tamat tempoh 30hb ni. Siap boleh tapau bawa balik untuk Papa & Raimie makan. Takpa, yang handle duit makan tu Mama... Insentif jadi penganjur. Muahaha!!!!

Mana nak "maintain" badan macam ni. Hari tu pun baru lepas kenduri KFC. Lepas tu gi buffet kat hotel baru yang buat "soft-lanuch". Hari jumaat pun ada jemputan, tapi Mama tak mahu pergi. Beritahu GM lebih seronok makan ramai-ramai dengan teman sepejabat. (Sebenarnya Mama boikot penganjur (bukan pihak hotel) - panjang cerita). Biarlah dia pegi seorang. Tak kisah, sebab FC hotel tu dah janji nak belanja makan lain kali. Murah rezeki. Tak sabar nak makan ais krim cendawan dan bijan lagi. Ada juga ais krim wasabi, tapi tak berkenan pulak lidah ni.

Gambar McDonalds yang suka-suka Mama ambil. Jangan pedulikan latar belakang meja semak tahap "gaban" itu ye.... huhuhu

Makan pagi di Bandar Tun Hussein Onn. Hanya Sausage Mc Muffin tu yang free.

Makan McDonalds tak hengat dunia di pejabat. Mmmm.. Hari Isnin ni nak pau apa lagi dari CFO/GM ye? Syok makan free ni...

4 comments:

  1. org kat sini pulak...teringinnn nak makan mcd...esp kids la...ish ish

    ReplyDelete
  2. Nash,
    kids memang suka. Raimie pun suka, tapi bukan untuk pegi makan. Dia suka toys McD aaje. :D

    ReplyDelete
  3. Lina..rindunya nak makan Mc Donald's, tapi membayangkan bila sejuk tak sedap sgt..terus lupakan nak kirim kepada rakan yg datang bertamu!!

    Bila makan itu, ingat kat kak ani yer..Balik Mesia nanti, Lina belanja kak ani Mc Donald pun ...nikmattttttttttt

    ReplyDelete
  4. Kak Aini,
    okeh set! bila nak gi :D
    memang x sedap bila dah sejuk... yg di delivery pun dah x sedap, inikan pula kirim & duduk dlm belon 6 jam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...