Thursday, April 24, 2008

Blog Geram

Mama post yang ini untuk lepas geram. Juga untuk Raimie buat pengajaran bila dewasa nanti.

Pertama :
Di pejabat Mama, ada seorang rakan setugas yang baru pulang dari cuti bersalin. Disebabkan kami akan berpindah pejabat minggu hadapan, semua orang kelam kabut berkemas, siapkan "closing account", annual report, cek pembayaran dan bermacam masalah karut di bahagian akaun. Datang pula seorang "lelaki" (letak apostrophe tu sebab tak berperangai macam lelaki pun) sedap-sedap beri arahan pada rakan Mama supaya kemaskan segala fail yang jumlahnya beratus-ratus walhal tugas itu diserahkan kepada "lelaki" yang baru naik pangkat itu (pandai sungguh dia ber"tai-chi").

Kalau pun sudah naik pangkat, dan ada rasa sedikit gila kuasa, fikirkanlah yang rakan sekerja itu baru pulang dari cuti bersalin. Bersalin secara cesarean pula. Bagaimana kalau si isteri sendiri yang kena begitu? Naik pangkat jadi penolong pengurus bukan tiket untuk mengarah orang tak kira tempat.

Dimanakah sifat lelaki yang patutnya lebih bersedia bekerja keras? OK, sekarang zaman moden, equality, yada yada.... tapi kederat wanita dan kederat lelaki jauh bezanya. Dan lelaki tak perlu beranak!

Marah!

Mungkin ada yang kata Mama suka jadi batu api, tapi tak salah pada Mama kalau Mama adukan hal ini pada GM dan Sr GM. Buat apa nak disenyapkan? Esok, rakan Mama aka buat kerja admin shj, biar seorang lagi Manager monitor. Tentang fail-failnya yang masih belum habis dikemas, kami rakan lain akan membantu. Tak perlu pedulikan orang yang tak bertimbang-rasa tu.

Kedua:
Orang putih panggil Sexual Harasment. Orang Melayu panggil?

Ni kena hidung Mama. Paling tidak suka menerima SMS gangguan rakan sepejabat. Pada Mama, berborak dan berjenaka di pejabat habis di situ. Mama tak main SMS dengan suami orang dan Mama tak suka orang main SMS dengan Mama sebab Mama isteri orang. Dan Mama juga tak suka orang kejar Mama dan cuba nak peluk Mama, hatta kononnya bergurau semata-mata.

Mama juga tak suka komen orang lain bila Mama adukan hal ini. Ye, Mama dah 30an, dah tak cun dsb... tapi itu bukan sebab untuk memperlekehkan Mama dan ketidak puas hati an(?) Mama. Gangguan seksual boleh berlaku pada sesiapa, tak kira lelaki atau perempuan.

Mungkin sebab perangai Mama yang agak keanak-anakan (masih main jelir lidah. hehe) dan kononnya agak "open" (yg ini hanya sebab Mama masih pakai skirt ke ofis) membuat orang fikir Mama senang / sedia didekati. TIDAK SAMA SEKALI!

Mama tak bawa lebih ke atas sebab dia ini Mama dah kenal lama. Tapi kalau selepas ini masih tidak berubah, terpaksa lupakan kami ini kawan, sebab kawan hormat antara satu sama lain.

Untuk Raimie, bila dewasa, hormatilah Wanita sebagai manusia juga. Wanita bukan warga kelas kedua atau tiga. Dan kalau ada rakan yang kurang upaya atau kurang kekuatannya, bantulah mereka. Janganlah pentingkan diri. Janganlan kerana pangkat, hilang sifat timbangrasa. Dan kalau Raimie dah besar nanti, janganlah cepat gah pada diri. Apalah pangkat itu? Tanggungjawab (dan gaji besar).

Jadi macam Papa - sampai sekarang masih mengaku jadi ofis boy. Tapi kan, handphone ofis boy lebih canggih dari handphone Papa tu. Wakakaka!!!!

3 comments:

  1. salam pagi jumaat lina,

    pertama kali ini nampak lina geram-geram, selalunya sweet-sweet aje.

    Tak pe lepaskan, lepaskan...
    we learn everything from what we see, hear and feel and change the world from there.

    ReplyDelete
  2. mana yg tak betul...just speak it out...esp to your friend...

    ReplyDelete
  3. Kak Lela,
    kadang-kadang elok dilepaskan dari dipendam. Pendam lama-lama takut jadi nanah. lagi susah. :-(

    Nash,
    kengkadang kita yg nak speak out, tapi kita lak fikir taknak lukakan hati orang walhal orang macam tak fikir begitu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...