Tuesday, November 20, 2007

Dulu dan sekarang

Raimie sibuk mengadap notebook

Anak-anak sekarang banyak terdedah dengan teknologi. Mereka lebih reseptif (receptive)dengan teknologi baru. Raimie pun apa kurangnya. Saban hari berebut dengan Mama dan Papa untuk menggunakan notebook. Maklumlah, notebook satu sahaja...

Sedangkan handphone berkamera atuk pun Raimie yang ajar atuk cara nak menangkap gambar. Hihihi. DVD, PSP, Nintendo, Kamera, Handphone - semuanya Raimie pandai "operate" sendiri.

Tapi macam ada "trade-off"nye juga. Anak Mama yang satu ini tak macam Mama dan Papa semasa kecil. Bermain air di sungai (/parit - Papa main air Sungai Klang!), mengail, menangkap serangga, mengejar ayam jiran, mengait buah - Raimie tidak ada pengalaman ini. Malah, Raimie tak tahan panas pun...

Sekarang nak bermain air, pergi ke Sunway Lagoon. Nak tengok kambing, ular, biawak kena ke Zoo. Nak petik buah, kena book cuti ke Corporate Farm dan duduk di chalet. Memang berbeza. Suasana kampung pun sudah tidak sama sekarang... Dulu rumah Atuk rumah papan, sekarang Atuk & Opah tinggal di rumah batu.

Kalau dulu, perkara biasa jatuh pokok, sekarang alamatnya Atuk di Bangsar akan menjerit kalau Raimie cedera! Mama dulu jatuh hingga kena 7 jahitan di dahi lagi! Jatuh pokok perkara biasa. Jatuh motor pun begitu (maklumlah umur 10 tahun dah pandai bawak motor) tapi yang ini tak boleh mengadu dengan Opah... Tahan sakit sorang-sorang. Huhuhu

Kalau dulu Opah tidak risau Mama bermain seharian di luar tapi sekarang, Mama minta maaf, Mama tak akan benarkan Raimie keluar rumah seorang! Bahaya!

3 comments:

  1. haah, betuila lina...anak2 sekarang dah lain byk..jun ni pun berebut nk guna laptop (nk2 plak cuti ni, hehe)

    ReplyDelete
  2. lina

    memang berbeza sungguh kan..pernah tak dengar cerita...kanak2 (anak kenalan yg lama di luarnegara) sekarang tak kenal ayam..dia ingat ayam tu cam ayam 'togel' di seupermarket..langsung tak terfikir ayam tu berbulu, berjalan.. rasa nak tergelak..dan kasihan kan.

    semua yg berlaku ada kos yang terlibat...

    ReplyDelete
  3. ada juga dengar, anak-anak yang hanya tahu ayam & lembu yang dijual di supermarket sahaja... hmmm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...