Monday, October 31, 2011

Rezeki...

Dalam inbox minggu lepas :

"Tuan,

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa bayaran balik cukai terlebih bayar / pembayaran balik lebihan kredit tuan telah diluluskan dan CIMB BANK BERHAD telah menghantar dana bayaran balik tersebut kepada bank tuan, iaitu MALAYAN BANKING BERHAD pada 25/10/2011."

Alhamudillah. Pertama kali dapat bayaran balik dari LHDN. Tahun-tahun dulu punya refund, tak nak bagi jugak ke? huhu

Apa-apa pun, duit yang tak dijangka ni, dah habis dah pun.Beli seluar lari-larian baru kat Mizuno tadi. Hihih

Sunday, October 16, 2011

Mari Lari Di Malam Hari

Selesai sudah Putrajaya Night Marathon. Macam hari tu kat KLIUC Unity Run, kali ini masuk larian 10K lagi tapi kalau ikut kiraan Nike Sportband, lari dah sampai 11K tadi! Banyak sangat "swerve" ke kiri ke kanan kot. @.@
Muka segar bugar sebelum kena masuk kandang & mula berlari-larian. Ketiak pun tak berlengas lagi, jadi takde kena marah dengan Raimie sebab peluk dia. hihi
100meter terakhir ke garisan penamat. Pecut tu... padahal sebelum tu, dah kengkang berjalan tapi apa kelas jalan aje ke garisan penamat kan? Kang orang ambik gambar, apa barang jalan kaki aje? Kacau aje adik N3214 tu. Kalau tak sah gambar full, penuh gaya merempit ke garisan penamat tu. Kakaka
dapat pingat! Yak yak yeay! Medal tu berat jugak tapi kaler medal tu, kalau orang tengok dari jauh, mesti ingat medal plastik. huhu

Lepas dapat medal, ambik snek pek semua, aktiviti wajib bila ada acara sukan - jom kita serbu van Milo! Sedapnya minum Milo sejuk free.

Lepas ni, kena tunggu sampai 20 haribulan seblas pulak. Kita lari kat Puchong pulak ye. :)

Tuesday, October 11, 2011

Budak-Budak 1 Tahun

Tahun ini ada 3 orang dalam keluarga yang menyambut hari jadi anak untuk kali pertamanya... Tahun lepas betul-betullah tahun yang produktif, ek? Hihihi

Bertambah dah sepupu-sepupu Raimie. Dulu dia sorang je cucu dalam keluarga (dua-dua belah pun). Sekarang dah jadi "abang" sebab dia cucu sulung. Saham dah kurang. huhuhu
 Bulan 5, harijadi pertama untuk baby Farah.
Lepas tu, giliran Qeysha pulak, bulan 9. Tak ada gambar Qeysha sorang2 dengan mak bapak. Dia sibuk hari tu. ^^!
Dan bulan 10, giliran Laila pulak.

Tahun depan, bolehlah celebrate kelahiran sepupu baru pulak. Kan Pak Ngah kan? :) Bulan berapa due, Pak Ngah? hihi

Friday, October 7, 2011

Larilah Lari

Tak tau kenapa ye, umur dah meningkat ni, dapat pulak kegilaan nak berlari dari rumah (bak kata suami terchenta). Masa kat sekolah dulu a.k.a masa muda-muda dulu tak ada pun sibuk nak berjogging ke apa ke.

Sekarang ni, kalau boleh tiap-tiap hari nak lari 5K. Hujung minggu, pagi-pagi subuh dah bangun sebab kununnya dah buat ala-ala larian LSD (long slow distance). Long tu idakler... slow tu memang benar sekali.
Lepas berlari-lari anak kat KLIUC bulan lepas, bulan ini kita main lari-lari kat Putrajaya pulak.
Takde lah lari jauh mana pun. 10K jer.... Tapi mana tau, tahun depan boleh pukul HM atau FM kan? Jangan berangan jer... Jom prektis! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...