Mak aih! Lamanya bolg ni tak berupdate ye... Susah nak menulis dlm bahasa Ibunda berbanding dengan bahasa bisnes lah nampaknya Mama ni...
Sebab dah sekian lama bersawang blog ni, kita letaklah sikit gambar kita ambik masa jenjalan bawak kawan Mama dari Tochigi hari tu.
Mula-mula, kita makan tengahari di Pasar Seni. Kat kedai teh Melayu (direct translation dari nama omputehnya - Malay Tea House). Hohoho
Lepas tu, kita bakar segala kalor berjalan ke Bangunan Sultan Abdul Samad & main kejar-kejar kat Dataran Merdeka. Seronok jugak buat aksi2 pelancong nih!
Dah habis bersessi fotografi kat sana, kita gerak ke Stesen Keretapi KTM pula. Penat weh, jalan dalam panas!
Masa tu dah nak masuk Asar, nak bawak kawan Mama ke Masjid Negara nanti dia tak boleh masuk sebab masa pengunjung ialah luar dari waktu solat. Kita masuk pula ke Muzium Kesenian Islam.
Dari Muzium, kita pusing-pusing Lake Garden kejap dan bila dah pukul 5.30pm (masa terakhir untuk pelawat ke Masjid Negara); kita terus ke Masjid Negara. Ramai staff Masjid yang sangatlah ramah di sana. Ada juga volunteer bertugas yang boleh membantu dan menjawab apa2 pertanyaan dari pengunjung asing di Masjid tu.
Lepas tu, makan malam kat Dapur Penyet di Maju Junction. Pegi ke Maju Junction tu pun sebab nak parking. Kalau tak dah lama dah masuk Sogo je. Huhuhu. Makan malam hari tu - ayam penyet
Lepas makan barulah ada tenaga nak join orang ramai kat pasar malam Jalan TAR.
Jenjalan sampai 9 jam hari tu! Pergh! Tapi hari yang sangat2 menyeronokkan. Best! :)