Friday, January 22, 2010

Majlis Anugerah Cemerlang SRA


Hari ini Papa dan Mama ambil cuti. Raimie pun dah hantar surat minta pelepasan kelas ke sekolah kebangsaan kelmarin sebab hari ini Raimie ke SRA ambil hadiah.

Masa bayar yuran SRA 4hb hari tu, Ustazah dah beritahu Mama dan Papa yang Raimie dapat nombor satu untuk kelas sesi petang. Alhamdulillah.

Tak sangka pula rupanya dia dapat juga hadiah cemerlang keseluruhan untuk sekolah. Bangga Mama dan Papa.

Terima hadiah nombor satu dari Guru Besar, Ustazah Raihan.

Lepas tu, terima hadiah dari wakil JAWI



Hadiah Raimie tapi macam biasa, eja nama Raimie salah. Dari sekolah tadika, kelas mengaji sampai dah masuk Tahun Dua, asyik Cikgu & Ustazah salah aje eja nama dia. Huhuhu

Tahun ini Raimie kenalah tingkatkan usaha. Belajar rajin-rajin. Tahniah anak Mama & Papa! Suka betul dia dapat hadiah kamus bergambar Bahasa Arab. Ralik sungguh membaca masa dalam kereta tadi.

Gembira sebab syukur Raimie cemerlang di sekolah kebangsaan dan juga di SRA. Seimbang menimba ilmu. Tak gitu?

Saturday, January 9, 2010

Novel Baru! Dan Buku Untuk Seorang Pembaca Bertuah


Sebaik sahaja membaca post Kak Lela di blognya, Awan Okinawa Berlalu mengatakan buku tulisannya dah confirm ada di MPH MidValley, cepat-cepat ke kedai buku tu dan sambar 2 buah buku tulisan Kak Lela. Semenjak dari akhir bulan November tempoh hari, memang rajin menjengah ke kedai buku menunggu buku Kak Lela keluar ke pasaran.

Alhamdulillah, kali ini tidak pulang dengan tangan kosong dari MPH. Buku Kak Lela bertajuk Pulut Sakura Serunding Kasih berjaya dimiliki. Dan, ada sebuah untuk sesiapa yang berminat nak membacanya.

Konon-kononnya nak buat macam peraduan. Hihihi

Pembaca pertama yang berjaya menjawab soalan di bawah dan menghantar jawapan melalui e-mail (e-mail address boleh didapati di profile) akan menjadi tuanpunya buku ini. Ada minat? Hantar e-mail beserta jawapan ye....

Soalannya : Pada bulan dan tahun apakah Hajah Halela (atau Kak Lela) mendaki Gunung Fuji? Jawapannya - bolehlah dicari di Awan Okinawa Berlalu. Jengah-jengahlah post dibawah label "Travel". :-)


Pemenang akan diumumkan dua minggu dari sekarang. Sila sila.

Monday, January 4, 2010

Sekolah Dah Buka!

Hari ini Mama dan Papa ambil cuti sempena hari pertama persekolahan 2010. Walaupun Raimie dah masuk darjah dua, tapi Mama dan Papa hantarkan juga dia ke sekolah hari ini. Esok dia kenalah naik bas sekolah.

Senang ambil cuti hari ini. Boleh settle semua yuran dan beli apa lagi buku-buku yang patutkat kedai buku sekolah. Kat sekolah kebangsaan tadi, siap ada reporter dari RTM buat liputan. Tak tau lah masuk ke tidak dalam berita hari ini. Yang kelakar, siap nak interview Papa! Hehehe...

 
Lepas settle sekolah kebangsaan, kena lah ke SRA pulak. Bayar yuran dan dapat tahu keputusan periksa akhir tahun lepas. Raimie dapat nombor satu untuk SRA! Tinggi markah dia untuk subjek jawi & khat. 100% tu. :)

Tahniah Raimie. Tahun ni usaha lebih lagi. Maintain nombor satu dan dapatkan nombor satu untuk sekolah kebangsaaan juga!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...