Saturday, September 12, 2009

Tiada Beli-Belah Di Masjid India

Tiadalah trip ke Masjid India ataupun ke Wisma Yakin tahun ini nampak gayanya.

Mula-mula ingat nak juga singgah beli baju raya untuk Raimie (Mama dah siap beli awal-awal lagi) tapi tak jadi. Takpelah, Raimie pakai baju Melayu tahun lepas ajelah dulu ye?

Tapi semalam masa ke Jusco, dah belikan seluar baru untuk Raimie dah. Baju, nanti beli kat Tokyo. :-) Boleh shopping baju untuk Kimi & Baby Airiss sekali kat sana.

Apa-apa pun, sebab tak raya kat Raub, tak dapatlah nak beraya dengan Shiela, Mother of Two nampaknya ya. Sori Shiela. Plan ni pun last minit buat sebab patutnya ke sana hujung tahun bukan bulan 9. ;)

Tapi harapnya, pagi raya nanti, dapat peluang merasa suasana raya di Tokyo. Maklumlah, ramai juga warga Melayu kat sana. Kak Aini, buat open house tak? hihihi

Hari Selasa dah nak bertolak, Papa jangan lupa bayar zakat fitrah tau!

Wednesday, September 9, 2009

Masa untuk menghantar kad raya. Tahun ini lebih bersemangat menghantar kad raya sebab maklumlah, tahun ini tak beraya bersama Atuk Raimie di Bangsar dan juga di Raub. Jadi, nak hidupkan mood raya untuk Raimie, Raimie kena kerah oleh Mama tulis kad raya untuk sedara-mara. Huhuhu

Wednesday, September 2, 2009

Bazaar Ramadhan

Bila bulan puasa ni, hujung minggu panjang aje langkah nak mencarik bazaar ramadhan. Minggu lepas, dapat ke bazaar ramadhan di Bangi, dekat Kompleks PKNS masa bermalam ka Equatorial. Kalau tak, biasanya ke bazaar ramadhan di Tesco Saujan Impian. Hari kerja, tempat tumpuan kat rumah Atuk Raimie di Jalan Bangsar. Fuh! Dapur tu berasap untuk masak sahur aje. (Nasib baik bersahur, kalau tak sebulan dapur tak berasap!) Huhuhu

Nak dijadikan cerita, hari Isnin anak beranak cirit birit. Agaknya penangan Nasi Beriyani yang kita beli tu kot. Adesss!!! Dua hari Mama makan bubur aje lepas tu.

Teringat dulu-dulu, Atuk di Raub meniaga jual air masa bulan puasa. Kalau Mama cuti semester, ada jugaklah tolong-tolong. Memang tak menang tangan sibuk masa bulan puasa. Agaknya orang Raub yang baca blog ni pernah beli tak air soya dan air leng chee kang Atuk dulu? Masa tu pasar ramadhan depan Bangunan LKNP.

Sekarang pasar ramadhan kat situ lagi ke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...