Friday, August 21, 2009

Sempena Ramadhan 1430

Assalamualaikum,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Saya sekeluarga juga memohon maaf jika kami ada berbuat kesalahan dan kesilapan baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan tekun dan taat, juga kita semua diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. Insyaallah.

Sunday, August 16, 2009

Gambar Baby

Sepupu Raimie, Baby Airiss. Setelah dua cucu lelaki untuk Atuk & Opah, ini cucu perempuan pertama. Comel & debab kan?

Friday, August 14, 2009

Menyambut Ahli Keluarga Baru

Semalam, pukul 5.50pm, bertambah lagi seorang ahli keluarga kita. Makcik De dah selamat melahirkan anak perempuan semalam. Alhamdulillah.

Moga ibu dan anak sihat. Kita tak sempat melawat sebab Makcik De balik ke Raub untuk bersalin. Terer Makcik De. Sakit bersalin aje pagi tu, terus balik kampung. Sempat dia bersalin kat sana.

Ada Makcik De dan Tam hantar MMS gambar baby, tapi Mama takleh baca. Tak reti nak configure handphone sendiri. Hehehe.... psst.. ada upload kat facebook tak?

Monday, August 3, 2009

Selamat Pengantin Baru

Ahad lepas kita ke kendui kahwin budak ofis Mama. Nak jugak Papa hantar... Kalau tak, Papa memang liat sikit bab-bab pergi kenduri ni.

Niza, ko tau tak ramai oang puji laki ko hensem. Akak pun sama. Hehehe...

Moga bahagia hingga ke akhir hayat.

Lepas kenduri, bertandang lak ke Tesco Ampang. Eloklah pulak rumah Niza kat sebelah Tesco. Cantik. Aktiviti 2 dalam 1. Pegi kenduri & window shopping.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...