Sunday, October 26, 2008

Masak Masak Hujung Minggu

Takkan nak mengadap menu Jepun / celup jepun hari-hari kan? Hujung minggu ni masak lain dari biasa, atas permintaan Papa, hari sabtu masak daging nasi kandar. Sebenarnya dari minggu lepas lagi dah Papa nak makan, tapi malas nak masak. Huhuhu. Isteri mithali sungguh.

Tak berapa jadi sangat daging nasi kandar ni. Papa tanya pasal apa daging tak gelap macam biasa. Tak taulah cek. Cek tak biasa masak resipi ni. Hehehe...
Nak bagi anak Mama makan, kenalah campur air sikit, sebab Raimie tak tahan pedas.
Hari ahad pula, masak kari kapitan. Sedap. Chewah! Perasan lak. Hehehe... Raimie tak makan walaupun tak pedas sebab dia nak makan spaghetti. Tak ada pula stok spaghetti kat rumah, Mama masakkan soba untuk dia. Miso soba satu mangkuk, habis kena pulun dengan Raimie.

Friday, October 24, 2008

Gambar Lama

bnAda mood nostalgia sikit, letak gambar lama masa jadi student dulu. Hehehe...

Dulu-dulu tak banyak gambar macam sekarang, maklumlah bukan takat ambik gambar aje, nak cuci gambar jugak - masa student manalah banyak duit! Kamera pun tak ada, asyik pinjam kawan punya aje.

Belek-belek gambar cuba cari gambar masa sekolah rendah, tak ada pulak. Papa banyak pulak gambar masa sekolah rendah!

Masa Form 1, di MRSM Kuantan. Sesi bergambar di pondok Guard sebelum naik bas. Nak gi outing main waterfall

Gambar dengan homeroom di MRSM Kerteh masa Form 3. Sekolah paling glemer sebab student duduk dalam apartment. Setahun aje Mama kat Kerteh ni. Dah tak ada MRSM Kerteh wujud sekarang ni sebab sekolah pindah ke Kuala Berang

Dengan budak-budak dorm masa kat MRSM Terendak masa Form 5. Ada aktiviti gotong-royong kot. Ini area untuk para LDP (bukan highway tapi Lembaga Displin Pelajar) nak kantoi budak datang lambat.

5 tahun sekolah menengah, 3 kali tukar sekolah. Pergh!

Hahaha, ini gambar perasan. Mana pernah jadi student UM. Ambik gambar masa final exam NCC sekali dengan budak-budak kolej lain. Walaupun time periksa, keceriaan tetap terserlah. Hehehe

Masa grad kat AIM

p.s. Syidot, apasal takde gambar ko dengan aku ek masa tu?

Sunday, October 19, 2008

Penat!

Adeh, dah tengah malam dah. Raimie pun baru masuk tidur. Mama kalau dah penat, alamatnya mata susah nak pejam.

Hari ini ada birthday party petang tadi. Nun di Rawang. Lepas balik dari Rawang, kena lak pergi rumah atuk, ada open house Persatuan Penduduk di sana. Raimie lak ada persembahan Zapin malam ni. Tapi Raimie, walau sepanjang hari bermain (maklumlah jumpa ramai kawan) takdelah merengek kepenatan walaupun turn dia menari tadi dekat pukul 9.00malam. Yang masalahnya dengan Raimie ni, kalau dia dah busy bermain, lupa makan minum!

Alhamdulillah, sekarang ni Raimie dah tak teruk nervous bila naik pentas. (Ala, dah boleh nyanyi sorang-sorang atas pentas dah, kan?). Kalau tahun lepas, sampai demam nak masuk pertanding berccerita! Anak Mama dah jadi konfiden sekarang! Yeay! Jadi, dia tak merengek kata dia sakit perut hari ini.

Esok patutnya Mama ada jemputan kahwin - Chinese wedding kat Renaissance. Mula-mula memang nak pergi, boleh gak Raimie lepas & mandi kat swimming pool Renaissance tu. Tapi, fikir-fikir - penatlah. Jadi call kawan & minta maaf tak dapat datang.

Wednesday, October 15, 2008

Raimie Dah Ada Makwe

Pagi semalam, sebelum mandi, Raimie panggil Mama dan kata nak bincang sikit.

"Apa dia?" Mama tanya. Raimie kata " Raimie dah ada makwe". "Oh, ye ke. Raimie betul suka kat dia ke?", Mama tanya lagi. Raimie angguk. "Apa nama makwe Raimie tu?" tanya Mama lagi. "Najihah" jawab Raimie.

Mama tak kenal Najihah. Kalau Fatihah, Putri atau Nabila Mama kenallah. Kenalah berkenalan dengan "bakal menantu" lepas ni. Hehehe

Pagi semalam dan pagi ini, Raimie pakai minyak wangi pergi sekolah. Katanya sebab dia dah bercinta. HAHAHA! (Ikut perangai sapalah agaknya anak Mama sorang ni)

Saturday, October 11, 2008

Aktiviti Di Kampung

Kalau balik Raub, aktiviti mesti buat ialah mandi sungai! Raimie memang suka main air, memang pantang nampak air. Sebab tu, kalau bangun pagi nak ke sekolah, tak susah nak suruh dia mandi.

Tak macam Mama Raimie, yang agak "kambing" bab-bab masuk air nih. Sebab tu, Mama jarang bawak Raimie mandi kat swimming pool walaupun swimming pool tu depan rumah aje. Huhuhu...

Masa ambil gambar tu, Raimie tenggah menannguk ikan. Walaupun ikan banyak tapi bukanlah senang nak tangkap. Tapi tengok Orang Asli tangkap ikan senang aje kan?

Monday, October 6, 2008

Dah dekat seminggu berhari raya, baru hari ini dapat upload gambar raya tahun ini. Tema warna tahun ini : biru. Serasi dengan sofa kat rumah. Hehe

Taoi masih tak terlambat nak mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Batin kepada semua. Salah dan silap harap maafkan.

Tahun ini, tak buat open house walau budak-budak ofis ramai yang membodek (sebab nak makan ayam masak merah macam tahun lepas). Sink masih tersumbat, walau dah panggil plumber. Malas nak fikir pasal masak memasak kalau susah nak basuh pinggan. (Tak selera nak basuh pinggan dalam tandas!)

Tapi, sesiapa yang nak singgah di rumah, jemputlah. Kami masih menerima tetamu. :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...