Showing posts with label Raimie. Show all posts
Showing posts with label Raimie. Show all posts

Tuesday, December 2, 2014

Selamat Hari Jadi Ke-12

untuk anak kami yang semakin membesar.
Semoga anak kami membesar menjadi insan yang baik dan berguna.

Selamat hari jadi! :-)

Saturday, April 26, 2014

Aiskrim!

 Ada budak rajin sekarang ni masuk dapur.

Ada je projek dia. ^^
Projek terkini.

Aiskrim.

Dua minggu lepas dah buat. 
3 kuning telur
150ml heavy/thick/whipped cream
Coklat bar

Senang je kan? Sebab tu budak 11 tahun senang je nak buat. Hihihi

Yang cubaan pertama tu memang best. Padat. Bercoklat. Berkrim. Yummy!

Tadi buat satu batch lagi. Tapi sebab agaknya pukul thick cream tu terlebih sangat, aiskrim jadi macam puding bukan aiskirm! "airy" sangat. LOL

Sunday, December 29, 2013

Dah Sedia Untuk Sekolah

Sekolah dah nak bukak!

Argh!

Bukan anak yang tak sedia ni. Mak yang tak sedia. Kemabali ke rutin keluar rumah pukul 6.30pagi.

Huk huk huk

Dan tahun depan, Mama kena dengan kebih jaya tolong anak belajar dan menguang-kaji.

Huk huk huk

Saturday, November 16, 2013

Kucing Manja

Kucing tak tau datang dari mana
tapi sangat manja
ikut Raimie ke mana sahaja
dan minta makanan di sua

hehehe

Monday, June 10, 2013

LEGO "Build Your World"

Itu yang Raimie  nak buat masa cuti sekolah.

Ada event LEGO kat Bangsar Village II. Competition. Tapi entry free. Masuk je untuk suka-suka. Dapat main lego jadilah. ^^
Dia cakap dia buat "castle". Ye la kot. hahaha

Saturday, June 1, 2013

Bengkel Lawak Kampus

dan juga sesi autograf dengan kartunis komik Lawak Kampus, Keith.

Kat mana? Di Balai Seni Visual Negara. Ada pameran Lawak Kampus ulangtahun ke-10 kat sana.
Boleh tahan jugak lama menunggu. Dekat dua jam. Tapi sangat-sangat appreciate Keith yang sudi buat karya khas untuk setiap peminat yang datang tadi.
Raimie mintak lukiskan Froggy jadi itu yang Keith lukis. Best kan?

Budak tu balik dengan senyuman gembira lah. :)

Sunday, May 12, 2013

Larian Pertama Tahun Ini

untuk Raimie.
Bukan acara sekolah. Ini Raimie dengan Mama & Papa masuk acara lari berganti-ganti. Seronok. Betul. 

Dia lari 2.72km x 2 kali.

Lepas ni, sekali seminggu kat sekolah sampai hujung bulan enam, ada latihan sukan. Awal bulan tujuh ni Hari Sukan sekolah.

Saturday, January 26, 2013

Mari Aktif!

Pagi tadi, semua bangun pagi-pagi sebab nak ke Lake Garden. Ada latihan untuk persiapan Gold Coast Airport Marathon kelolaan Jamie & Runners Malaysia setiap Sabtu mulai minggu ni.

Raimie dan Papa ikut sekali jadi dapatlah semua beriadah kan... Tak lari takpe. Keluar & jalan-jalan pun bakar kalori jugak. ^^

Lepas Lake Garden, sarapan kat Starbucks di Bangsar Village lak.
Hazelnut hot chocolate beli kat Starbucks. Cornish pasties tu beli kat Hiestand. Seeedaaaaaappppp.....

Lepas jalan-jalan kat Bangsar, melalut pegi Tropicana Mall pulak. Konon-konon saja nak tengok kasut tapi alih-alih, bawak balik sepasang jugak! ASICS lak tu.... Kering poket makcik. Huhuhu
Lepas tu, dah daftarkan satu keluarga (kami bertiga la...) untuk Pisang Relay. Lari satu team. Bulan 5 nanti. Anak Mama BOLEH! :)


Thursday, January 10, 2013

Minggu Mula 2013

Penutup minggu 2012 dengan Larian Newton Challenge untuk Mama.

Minggu pertama 2013 dengan Multi Purpose Insurans pulak. Larian gembira-gembira sempena minggu pertama tahun 2013. Banyak bertegur sapa dengan orang. Nak tahu cerita, lawatlah blog lagi satu. ^^

Raimie pulak dah mula Darjah 5. Dah besar dah kan?

Minggu lepas, borong buku kerja untuk Raimie. Dia masih tak pergi tuition. Selagi Mama & Papa boleh ajar, tak yah lagi la... kan?

Sunday, December 9, 2012

Jualan Musang Besar Jahat Di Mines

So... sapa pegi Big Bad Wolf Books Sale kat Mines? Dah banyak memborong buku? ^^

Kitaorg pergi hari sabtu. Pukul 10mlm. Pukul 12 tengah malam baru balik. Mama tidur pukul 1 pagi pastu pukul 4 dah bangun sebab nak lari dengan satu kumpulan pelari yang nak buat Malakoff simulation run. Gilosss...

Tak sihat sungguh bawah Raimie jalan-jalan tengah malam. Gejala sosial tau! hahaha
 Tak ramai pun orang masa tu... tapi dekat pukul 12 tu, nampak ramai yang baru sampai. Ramai jugak yang suka shopping tengah-tengah malam ey?
4 buah buku untuk Raimie. Tentang melukis dan kraftangan. Dah itu minat dia pun....

Saturday, November 24, 2012

Jalan-Jalan Penang

Minggu lepas pi Penang. Wooo... jenjalan sampai Penang.

Semua sebab Mak Raimie nak lari atas jembatan Pulau Pinang. Gila. Kakaka
 Main lari-lari keliling pokok kelapa dulu sebelum buat benda lain. Muahaha

Lepas tu pekena nasi kandar, siap dengan kari kepala ikan sekali. Pergh. Memang sedap. Nyum nyum
Pagi-pagi pukul 1am, keluar hotel dan bertolak ke tapak race. Lari start pukul 3.15am untuk kategori Wanita, Half Marathon. Lambat sikit lari kali ni, larian 21K paling slow dalam semua-semua larian 21K sebelum-sebelum ni. 2jam 44minit. Adehla...
Lepas lari, petang tu bawak Raimie jalan-jalan kat Batu Ferringhi pulak. Takde main air pun. Tengok orang main air je. ^^

Bulan doblas takde gi mana-mana. Tunggu bulan 5 pulak, Mama Raimie nak lari 42.195km kat KK. Jom pi KK!

Monday, August 13, 2012

Baju Raya

Dah beli baju raya dah?

Raya dah dekat ni!

Kitaorang tahun ini, merah! Jangan kena kejar lembu masa raya nanti, sudahlah! wakaka
Pakcik, makcik... jangan lupa duit raya ye!

Selamat Hari Raya!

Sunday, January 8, 2012

Penutup Dan Permulaan

Dah seminggu dah kita masuk ke tahun baru ye... cepatnya masa berlalu. Cepat masa berlalu, cepat juga umur meningkat, kan? huhuhu
Sebelum buka sekolah, aktiviti riadah dengan Raimie - masuk Larian Jom Kitar Semula di Putrajaya pada 18 Disember. Mama Raimie masuk larian 7K dan Raimie hebat berlari 3K! Bangga dengan anak Mama ni. *^^*
Dan aktiviti permulaan tahun ialah Larian Multi-Purpose Insurans. Raimie macam biasa jadi penyokong setia Mama.

Dan untuk mengekalkan gaya hidup sihat dan ceria, lepas ni kena cari larian yang ada kategori keluarga atau kanak-kanak sebab bolehlah Raimie masuk sekali. :) Raimie dah pesan, Larian McDonald's (aka Olympic Day Run) dia nak masuk. Konon-kononnya sebab nak dapat makan McD. Kakaka

Tahun ini, Raimi dah Darjah 4. Alhamdulillah, dia dapat jadi pengawas di kedua-dua sekolah (sekolah kebangsaan jadi pengawas SBPT dan pengawas di SRA). Nampak gayanya memang rajin dan berkobar-kobar dia menjalankan tugas. :)

Sunday, May 8, 2011

Menu Hari Ibu

Buat apa untuk Hari Ibu? Papa dan Raimie hari ini manjakan Mama. Cuti masak sebab untuk makan pagi & tengahari, Papa yang masakkan. Terima kasih Papa & Raimie! Sayang korang. ^^ <3

Papa memang terer masak steak. Dan ini steak istimewa sebab guna daging lembu wagyu. Semput juga nak beli. @.@

Hari Bapa nanti nak buat apa ye untuk Papa?

Saturday, April 30, 2011

Makan Pizza!

Raimie nak makan pizza semalam, so ke Pizza Hut lah kita hari tu...
Raimie buat "magic show"
Tropical Fizz untuk Mama
Mountain dew untuk Raimie & Papa. Cantik tak muka Raimie dalam gambar tu? Sedap sangat ke sup cendawan tu? LOL
Wajib untuk Mama setiap kali ke Pizza Hut - Seafood Lasagna. Tak heran dengan  pizza aih.
Orang lain makan pizza
Kalau sebelah kanan meja ada "partition" dan sebelah kiri pulak macam ni - macam mana lah orang nak keluar ye? Sapa la yang pegi susun meja macam ni. Seb baik masa nak bangun tu, orang meja sebelah pegi tandas. Kalau tak, kan menyusahkan orang nak kena bangun bagi jalan.

Thursday, April 28, 2011

Baju Batman

Hari tu, Raimie beritahu dia dapat nombor satu untuk periksa di SRA. Boleh ke dia mintak Mama & Papa belikan sesuatu untuk dia?

Mama jawab, tengoklah. Kalau mahal, tak boleh. Lainlah periksa akhir tahun dan untuk dua-dua sekolah. Sekolah Kebangsaan & SRA. Lagipun dah tak heran dia dapat nombor satu kat SRA. Memang conquer nombor satu dari darjah satu lagi.Ustazah kat sekolah pasang angan-angan nak hantar nama dia masuk sekolah agama nanti. Jangan main-main!

Akhirnya, dia buat pilihan hadiah dia. Dan apa pilihan dia untuk hadiah nombor satu di SRA? Baju Batman! Sabar ajelah... Siap nak tido pakai mantel Batman tu bagai. Ades...

Thursday, March 17, 2011

Main Air!

Kalau balik Raub, boleh jugak pegi Lata Lembik ke Pu;au Cekas ke untuk berendam. Tapi kalau duduk KL, takkan nak berendam kat Sungai Klang kan?

Alternatifnya ialah: kolam renang.
Ini budak yang sangat-sangat suka main air. Dari kolam lepas tu melompat masuk dalam bath-tub pulak. Berendam sampai kecut. Haha

Saturday, February 19, 2011

Main Badminton

untuk pertama kalinya untuk Raimie. Kesian anak Mama ni kan... tak pernah diajar main badminton.
masa balik kampung hari tu, dapatlah dia merasa main badminton dengan Mak Tam, Makcik Ayu a.k.a Maksu & Kimi. Terima kasihlah makcik-makcik sanggup mengeluarkan peluh kutipkan shuttle-cock ye. Hihihi. Kimi hari tu eksen, taknak pakai raket kecik. Nak pakai raket  orang besar. XD

Mama memang dah lama tak pegang raket badminton. Papa apatah lagi, ajak main bola, nak lah dia. Tapi kan, sebagai cucu-cicit Hj Mohd Yudin, Mama dengan Raimie patut mengasah bakat sukan berprestij ni. Huhu

Saturday, April 17, 2010

Hari Sukan


Pagi tadi pergi ke sekolah sebab hari ni hari sukan kat sekolah Raimie. Mula-mula ingatkan Raimie tak masuk apa-apa acara, maklumlah dia tak datang sekolah dua minggu & miss training masa dia kena chicken-pox hari tu tapi ada dua acara dia masuk. Acara lari je. Bab-bab lompat & lontar takde pun dia pernah masuk sebelum ni pun...

Punyalah susah nak ambik gambar Raimie tadi. Gambar dia dgn geng satu rumah dia tu pun, kena panggil budak tu, Nicholas ajak ambik gambar. Pas tu Nicholas tarik Raimie ajak masuk sama. Tau tak - setiap kali ke sekolah, Raimie memang akan buat tak tahu aje kat Mak Bapak dia. Tak cool melekat dengan mak bapak kot. Huhuhu

Tahun ni pun, rumah merah yang jadi juara. Rumah hijau? Corot!

Saturday, April 3, 2010

Sarapan Nasi Dagang


Lama weh tak update blog yang satu ni... Bukan apa, takde cerita. Dahlah tu, tiga beranak ambik turn tak sihat dua-tiga minggu ni.

Raimie tadi bangun pagi tiba-tiba mintak nak makan nasi dagang. Rezeki kita ada orang jual Nasi Dagang kat kawasan perumahan kita jadi dapatlah makan pagi Nasi Dagang hari ini.

Kalau balik Marang, memang sah Mak Tua akan belikan nasi dagang untuk sarapan, kan?

Bagus jugak makan nasi stail melayu sekali-sekala. Ini selalu sarapan makan baked beans dengan sosej & telur (sarapan omputeh cekononnya.... muahaha).

Tapi kan, lamalah pulak Mama tak sibuk-sibuk nak masak nasi dagang kan? Hmmm... minggu depan boleh buat pulak, dari beli aje. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...