Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Friday, December 20, 2013

Jualan Buku Big Bad Wolf

Sapa pegi hari tu?

Kitaorang pegi hari terakhir. Jam-jam terakhir. Dari pukul 8 sampai pukul 10. BBWS extend masa tutup dari pukul 9 ke tengah malam hari terakhir tu...
 Hari terakhir pun masih ramai lagi pengunjung.
Habuan malam tu.

Sikit je.

Kami sangat berdisplin. heh heh

Saturday, January 26, 2013

Mari Aktif!

Pagi tadi, semua bangun pagi-pagi sebab nak ke Lake Garden. Ada latihan untuk persiapan Gold Coast Airport Marathon kelolaan Jamie & Runners Malaysia setiap Sabtu mulai minggu ni.

Raimie dan Papa ikut sekali jadi dapatlah semua beriadah kan... Tak lari takpe. Keluar & jalan-jalan pun bakar kalori jugak. ^^

Lepas Lake Garden, sarapan kat Starbucks di Bangsar Village lak.
Hazelnut hot chocolate beli kat Starbucks. Cornish pasties tu beli kat Hiestand. Seeedaaaaaappppp.....

Lepas jalan-jalan kat Bangsar, melalut pegi Tropicana Mall pulak. Konon-konon saja nak tengok kasut tapi alih-alih, bawak balik sepasang jugak! ASICS lak tu.... Kering poket makcik. Huhuhu
Lepas tu, dah daftarkan satu keluarga (kami bertiga la...) untuk Pisang Relay. Lari satu team. Bulan 5 nanti. Anak Mama BOLEH! :)


Wednesday, January 16, 2013

Nasi Daun Pisang

Pergh.... memang sedap.
Jemput makan! :)

Tuesday, December 25, 2012

Makan Puas Puas!

 Sapa pegi Jom Makan Buah kat Putrajaya 2 minggu lepas? Fuh! Memang puas makan buah durian hari tu.
Jemput jemput. ^^

Alamak, teringin nak makan lagi la...

Sunday, December 9, 2012

Jualan Musang Besar Jahat Di Mines

So... sapa pegi Big Bad Wolf Books Sale kat Mines? Dah banyak memborong buku? ^^

Kitaorg pergi hari sabtu. Pukul 10mlm. Pukul 12 tengah malam baru balik. Mama tidur pukul 1 pagi pastu pukul 4 dah bangun sebab nak lari dengan satu kumpulan pelari yang nak buat Malakoff simulation run. Gilosss...

Tak sihat sungguh bawah Raimie jalan-jalan tengah malam. Gejala sosial tau! hahaha
 Tak ramai pun orang masa tu... tapi dekat pukul 12 tu, nampak ramai yang baru sampai. Ramai jugak yang suka shopping tengah-tengah malam ey?
4 buah buku untuk Raimie. Tentang melukis dan kraftangan. Dah itu minat dia pun....

Saturday, November 24, 2012

Jalan-Jalan Penang

Minggu lepas pi Penang. Wooo... jenjalan sampai Penang.

Semua sebab Mak Raimie nak lari atas jembatan Pulau Pinang. Gila. Kakaka
 Main lari-lari keliling pokok kelapa dulu sebelum buat benda lain. Muahaha

Lepas tu pekena nasi kandar, siap dengan kari kepala ikan sekali. Pergh. Memang sedap. Nyum nyum
Pagi-pagi pukul 1am, keluar hotel dan bertolak ke tapak race. Lari start pukul 3.15am untuk kategori Wanita, Half Marathon. Lambat sikit lari kali ni, larian 21K paling slow dalam semua-semua larian 21K sebelum-sebelum ni. 2jam 44minit. Adehla...
Lepas lari, petang tu bawak Raimie jalan-jalan kat Batu Ferringhi pulak. Takde main air pun. Tengok orang main air je. ^^

Bulan doblas takde gi mana-mana. Tunggu bulan 5 pulak, Mama Raimie nak lari 42.195km kat KK. Jom pi KK!

Sunday, September 23, 2012

Jalan-Jalan Perak

Aktiviti cuti Hari Malaysia yang lepas. Satu keluarga pergi Perak! Sebabnya, Mama masuk larian Taiping International Marathon (tapi buat half-marathon sajer...)
Lari pusing-pusing Bandar Taiping. Kat Raub takde lagi aktiviti lari-lari pusing Raub sampai 42km... tapi aktiviti naik basikal banyak. Ng Yen Yen naik basikal sama-sama lagi! hehehe
Alang-alang dah sampai Taiping, kenalah jalan-jalan ala-ala cuti-cuti Malaysia kan? Tapi takdelah merayap jauh mana pun.

Makan sikit.

Jalan sikit.

Masuk Zoo Taiping sikit.

Naik Bukit Larut sikit.

OK lah kan... Lain kali datang lagi. ^^

Thursday, August 9, 2012

BBQ Pulak!

Gambar berkurun lamanya terpendam dalam lubuk arkib blog. kekeke

Kenapa la malas sangat nak mengapdet blog yang satu ni, tak tau lah...

Jangan malas-malas. Mesti rajin tulis blog BM. Mari memartabatkan Bahasa Ibunda. heh Yang mak buyung pun dah beranak dah sekarang. wuwuwu

BBQ adik-beradik kat Bandar Baru Bangi berbulan-bulan dulu. BBQ + Steamboat. Tapi lagi best makan BBQ la... dari makan steamboat. Betul tak? xD

Adik-adik ku, Raya dah dekat. Takde geder-geder buka puasa ke? xD
 
 
 
 

Wednesday, April 4, 2012

Piknik!

Pergh! Punyalah berkurun tak terhapdet blog ni. Gambar masa piknik kat Lata Lembik masa cuti Raya Cina ari tu baru la ni nak post. huhuhu
Piknik memang seronok, lagi seronok bila ramai2. Kan?

Sambil piknik tu, celebrate birthday sekali. Sekarang senang. Time Raya Cina pun leh beli kek. Sebab Secret Recipe sentiasa dibuka!

2 minggu lepas (kot?) konon-kononnya nak buat BBQ kat Pulau Chekas. Last minute tak jadi. Tak jadi pegi Pulau Chekas je lah. BBQ jadi. BBQ kat kedai steamboat. Best jugak! Lagi best sebab tak yah basuh pinggan mangkuk! Muekeke!

Bila la pulak nak letak gambar BBQ adik-beradik ye? Silap-silap tahun depan. hu~

Tuesday, January 24, 2012

Aktiviti Cuti Raya Cina : Bahagian I

Walaupun cuti kali ni tak lama di Raub, tapi banyak jugaklak aktiviti... Raimie dapat pusing-pusing keliling Raub, dapat kutip buah kat dusun, dapat berkelah kat Lata Lembik & dapat juga tengok anak kijang yang masuk jerat orang. Tu belum kira main badminton, main air dalam kolam plastik (konon-kononnya jaga sepupu, keskeskes), kacau ayam itik jiran... hihihi
Ni aktiviti di dusun kat Ulu Sungai. Seronoknya, budak-budak dan juga mak & bapak budak mengutip buah - ada durian, dokong, manggis, rambutan... kenyang makan buah hari tu. Atuk cakap, ada kesan "Maybank" datang makan buah durian jugak, mungkin malam sebelum tu... Ya adik-adik, "Maybank" a.k.a harimau pun pandai makan durian. Makan pun sopan je... takde rebut-rebut macam korang! hehehe

Saturday, December 17, 2011

Cepatnya Habis Cuti

Cuti dua minggu ke negara matahari terbit, pejam celik pejam celik, cuti pun dah habis dan kami dah balik ke Malaysia. Cepatnya masa berlalu. And tup tup, dah hujung tahun, kan?

Jadi, macam mana cuti kali ini? Seronok, itu sudah mest. ^^
 Dapat mandi onsen. Kali ini berendam tak payah kongsi dengan orang lain. Best.
 Tengok dedaun musim luruh
 tengok lampu-lampu untuk Krismas
 perasan macam pegi Holland
 dapat naik kapal
 dapat ke Pulau Shikoku kali ini dan makan Sanuki udon
 melawat Istana lama, muzium terbuka perkampungan lama orang Pulau Shikoku dan juga ke taman Ristusrin. Cantik!
 Melawat Nara, Kyoto dan Osaka dalam satu hari
dapat naik keretapi malam dari Osaka ke Tokyo dan tidur dengan selesanya dalam keretapi. Kalau nak naik, jangan lupa bawak berus gigi sendiri ye! xD
 dapat naik shinkansen terbaru, berdesup ke Aomori dari Tokyo
 dapat makan seafood di Hokkaido
 dan juga tengok salji turun di sana
 untuk Raimie, dapat beli Nintendo 3DS baru dan segala macam tok nek games untuk game barunye tu.
 singgah melawat kubur lama di Tokyo
 dan makan sushi yang sedap
dan dengan berjalan berjam-berjam setiap hari, dapat juga blister di kaki. huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...