Showing posts with label Mandi. Show all posts
Showing posts with label Mandi. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Piknik!

Pergh! Punyalah berkurun tak terhapdet blog ni. Gambar masa piknik kat Lata Lembik masa cuti Raya Cina ari tu baru la ni nak post. huhuhu
Piknik memang seronok, lagi seronok bila ramai2. Kan?

Sambil piknik tu, celebrate birthday sekali. Sekarang senang. Time Raya Cina pun leh beli kek. Sebab Secret Recipe sentiasa dibuka!

2 minggu lepas (kot?) konon-kononnya nak buat BBQ kat Pulau Chekas. Last minute tak jadi. Tak jadi pegi Pulau Chekas je lah. BBQ jadi. BBQ kat kedai steamboat. Best jugak! Lagi best sebab tak yah basuh pinggan mangkuk! Muekeke!

Bila la pulak nak letak gambar BBQ adik-beradik ye? Silap-silap tahun depan. hu~

Sunday, May 8, 2011

Menu Hari Ibu

Buat apa untuk Hari Ibu? Papa dan Raimie hari ini manjakan Mama. Cuti masak sebab untuk makan pagi & tengahari, Papa yang masakkan. Terima kasih Papa & Raimie! Sayang korang. ^^ <3

Papa memang terer masak steak. Dan ini steak istimewa sebab guna daging lembu wagyu. Semput juga nak beli. @.@

Hari Bapa nanti nak buat apa ye untuk Papa?

Saturday, February 7, 2009

Gambar Lata Lembik

Kalau ke Lata Lembik, ini lah tempat "port" kita. Memang setiap kali pergi akan ke sini sebab kat sini ada tempat sesuai untuk Papa berendam. Papa berangan dia tengah duduk dalam rotenburo tu. Bezanya, rotenburo tu airnya panas, air kat Lata Lembik sejuk! Wakaka...

Makcik Midah kata, elok pergi Pulau Cerkas sebab Lata Lembik ni, airnya deras. Tapi untuk Papa, dia suka ke sini sebab selalunya tak ada lah ramai sangat orang kat sini. Kononnya amanlah sikit dia nak berendam.

Teringat masa kecik Mama dulu, kalau nak piknik, Atuk bawak pergi Hutan Lipur Lentang. Jauh berjalan (oooppps, naik kereta, mampus kalau nak berjalan sampai Lentang!) Hahaha... Tak pernah lak Atuk bawak kami adik beradik pergi Lata Jarum. Tapi kalau setakat nak mandi sungai tu, balik Semantan boleh main air, tak payah susah-susah carik tempat air terjun. Kan? Kan?

Bercakap pasal mandi sungai, sapa ada batu ni kat dalam bilik air? Batu ni bagus untuk menggaras segala macam daki. Hari tu pun, bawak balik satu sebab Raimie sejak dah masuk sekolah rendah ni, berkarat aje badan dia. Huhuhu

Tapi ada yang tak sedap dipandang masa kat Lata Lembik. Sampah merata-rata, ada serpihan kaca (botol arak) bagai. Tu, Mama ambil gambar diaper yang ditinggal kat sana. Susah sangat ke nak bawak balik diaper busuk anak sendiri? Nak biar benda tu kat sana sampai bila? Ada orang MDR nak tolong kutipkan ke? Memang tak civic-minded sungguh!

Sunday, February 1, 2009

Gambar Semuanya Selamat!

OK, baru aje menggodek memory card kamera yang dah kong hari tu. Alhamdulillah, gambar-gambar semua selamat.

Tu, gambar Raimie tengah sibuk main basuh kain kat Lata Lembik hari tu. Tapi bukan masa ni baju dia hanyut.


Masa dia nak gi ikut Papa lepak berendam tu, baju dia terlepas dari tangan & hanyut. Mama masa tu, tengah berdiri kat bawah, so Mama lah yang kena kejar baju tu. Kejar punya kejar, masuk tempat dalam, habis masuk air lah kamera yang duduk dalam poket belakang seluar. Nak wat camne kan? Huhuhu... Ganti lain ajelah, kamera tu pun dah lama beli.



Yang ini pulak, gambar model handphone baru Mama. Mamabeli handphone SE K770i. Murah aje, takdelah canggih mana pun. Ada kamera, boleh dengar music dan yang penting boleh telefon & sms orang, cukuplah kan?

Lepas ni, tengok kamera pulak. Kalau ikutkan hati, memang nak DSLR sebijik, tapi mungkin bukan masa terdekat ni kot. Tengoklah nanti. Ada rezeki, belilah satu, kan?

Sunday, October 21, 2007

Sungai



Dulu, bila di rumah Tok Wan di darat (atas bukit) kami mandi di perigi. Nak ke perigi, kena berjalan kaki lebih kurang 5 minit. Perigi bukan berada di belakang rumah & jauh dari tandas sebab Wan tak mahu air tercemar. Perigi untuk mandi dan untuk air minum pun berasingan... Amat penting menjaga air terutamanya air utk minuman.

Lepas tu Wan pindah ke bawah, dekat dengan sungai. Sebelum air paip masuk, kami semua mandi di sungai. Di sungailah tempat mandi, mengangkat air, "membuang" dan ada sesetengah org kampung membuang sampah juga di sungai... Kalau difikir-fikir, ngeri juga nak mandi sungai ni, bayangkan tengah-tengah mandi - nampak pulak "jagung" terapung lalu di depan mata. Hik hik hik

Mandi


Kita start cerita mengenai kebersihan dulu. Kalau di rumah kita, mama guna loofah, span ataupun scrub, di kampung kita gunakan batu untuk meng"garas" segala daki-daki di badan.
Perasan tak kat rumah opah ada satu? Batu ni, batu sungai... tak perlu cari di kedai pun...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...