Sunday, March 22, 2009

Kad Undangan Kahwin

Semalam, makcik-makcik datang beramai-ramai ke rumah. Makcik De & Pakcik Zaidi dengan baby Kimi, Makcik Tam dan Makcik Emi & Pakcik Sheikh (aka. Mak Lang & Pak Lang).

Nasib baik pagi tadi ada pergi memborong kat Tesco, jadi Mama masak ajelah apa yang ada. Masak simple, sambal udang & sotong basah, telur dadar spesel (spesel sebab letak wakame & shoyu. hihihi) dan bayam masak air. Takut jugak nasi tak cukup, tapi Alhamdullilah, semua cukup makan. Sapa-sapa sakit perut, mintak maafla ye. Mama Raimie memang kalau masak sambal, menyengat gila punye!


Makcik Emi hantar kad jemputan kahwin semalam. Dah nak kawin dah makcik Emi kan? Lain dari Mama & Makcik De, yang kad kahwin punyalah wangi, kad Makcik Emi takde bau wangi. Tapi tetap cantik dan spesel.

Untuk Makcik Emi, inilah masa nak bertandang ke rumah sedara-mara dan hantar kad undangan. Teringat lak masa Mama & Papa dulu. Hehehe

Friday, March 13, 2009

Kelas KAFA & Darul Quran

Lama dah tak apdet blog yang satu ni. Sebab lama tak balik Raub kot, so takde cerita. :)

Ni gambar Raimie nak pegi Sekolah Agama. Yang sebelah dia tu, jiran blok sebelah. Comel sangat-sangat tengok budak-budak ni sama-sama ke sekolah. Tapi Raimie tak pegi sorang-sorang walaupun Sekolah Agama tu 2 minit aje dari rumah Atuk. Atuk mesti ikut sekali. Tak boleh naik lif dan merayap sorang-sorang!

Teringat masa Mama kecik-kecik dulu, pergi mengaji di Darul Quran. Kat sebelah Masjid tu, depan pejabat pos. Sekarang bangunan Darul Quran dah jadi restoran seafood lah pulak.

Mama jalan kaki dari rumah Atuk & Opah kat Jalan Tras (kalau sapa tak tahu, rumah tu dulu betul-betul seberang jalan dengan Dragon Inn. Sapa ingat/tau Dragon Inn? Hehehe Banyak ayam kat situ. Dulu banyak pokok ceri merendang kat tepi jalan dekat Balai Polis & Hospital jadi takdelah panas kalau jalan kaki petang-petang buta pun. Sekarang hospital tu dah pindah, dah jadi apartment untuk polis.

Seronok belajar kat Darul Quran dulu. Macam syllabus sekarang gak, ada Bahasa Arab, ada Fardhu Ain, macam-macam. Kalau Raimie sekarang Papa kena bayar yuran RM24 sebulan, dulu Atuk Raimie hanya bayar RM2 aje untuk Mama mengaji. Murah kan? Itu pun ada juga yang tak bayar.

Sepanjang minggu ni Raimie ada exam - sekolah biasa & sekolah agama. Tak taulah bila dapat result. Kita tengoklah nanti. :-)

Wednesday, February 25, 2009

Hari Kantin

Dulu orang panggil Hari Kantin. Sekarang orang panggil Hari Keusahawanan. Sabtu minggu lepas ada Hari Kantin kat sekolah Raimie.

Sebulan sebelum tu, dah dapat surat dari sekolah minta sumbangan. Mama & Papa pakat bagi sekaton air kotak soya dan sardin dalam tin aje. Itupun last minute baru hantar ke sekolah sebab takkan nak suruh Raimie yang mengangkut benda tu naik bas sekolah pulak kot! Teringat masa kat MGS dulu, opah bagi sumbangan agar-agar bunga ros untuk hari kantin.

Seronok jugak pergi sekolah Raimie hari tu. Bukan saja ada gerai makanan & air, ada gerai games jugak. Yang dalam gambar tu main baling tin. Lupa lak apa hadiah dia. Kereta kontrol kot. Ada gerai lucky draw (hadiahnya, ada tiket naik keretapi pergi Segamat dll & hamper dari barang-barang sumbangan ibu bapa). Siap ada rumah hantu.

Raimie paksa Mama & Papa beli kupon sampai RM50 sebab sapa beli banyak dapat hadiah. Ada ka.... Papa bagi dia beli kupon RM30 aje. Cukuplah. Banyak-banyak buat apa? Kupon dia pun habis sebab beli mainan gasing Spiderman. Sebijik aje dah RM8!

Setakat ni ok lagi gasing tu. Tak tahu tahan sampai bila. Huhuhu

Saturday, February 21, 2009

Kek Hari Jadi Untuk MakDe & Najwa

Lepas rombongan merisik balik, kita pakat potong kek untuk harijadi MakDe & Najwa. Raimie dengan Oni tu menyibuk aje. Siap berebut nak tiup lilin. Hahaha





Mintak maaflah kalau sapa-sapa tak cukup makan kek. Mama beli kek kecik aje hari tu. Tak sangka lak ramai yang datang ke rumah Atuk.

Saturday, February 7, 2009

Gambar Lata Lembik

Kalau ke Lata Lembik, ini lah tempat "port" kita. Memang setiap kali pergi akan ke sini sebab kat sini ada tempat sesuai untuk Papa berendam. Papa berangan dia tengah duduk dalam rotenburo tu. Bezanya, rotenburo tu airnya panas, air kat Lata Lembik sejuk! Wakaka...

Makcik Midah kata, elok pergi Pulau Cerkas sebab Lata Lembik ni, airnya deras. Tapi untuk Papa, dia suka ke sini sebab selalunya tak ada lah ramai sangat orang kat sini. Kononnya amanlah sikit dia nak berendam.

Teringat masa kecik Mama dulu, kalau nak piknik, Atuk bawak pergi Hutan Lipur Lentang. Jauh berjalan (oooppps, naik kereta, mampus kalau nak berjalan sampai Lentang!) Hahaha... Tak pernah lak Atuk bawak kami adik beradik pergi Lata Jarum. Tapi kalau setakat nak mandi sungai tu, balik Semantan boleh main air, tak payah susah-susah carik tempat air terjun. Kan? Kan?

Bercakap pasal mandi sungai, sapa ada batu ni kat dalam bilik air? Batu ni bagus untuk menggaras segala macam daki. Hari tu pun, bawak balik satu sebab Raimie sejak dah masuk sekolah rendah ni, berkarat aje badan dia. Huhuhu

Tapi ada yang tak sedap dipandang masa kat Lata Lembik. Sampah merata-rata, ada serpihan kaca (botol arak) bagai. Tu, Mama ambil gambar diaper yang ditinggal kat sana. Susah sangat ke nak bawak balik diaper busuk anak sendiri? Nak biar benda tu kat sana sampai bila? Ada orang MDR nak tolong kutipkan ke? Memang tak civic-minded sungguh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...