Thursday, January 20, 2011

Babu Roti

Sekarang ni, dah duduk rumah flat berjaga dek Pak Guard yang sangatlah strict; takdelah sangat beli roti dengan babu roti. Lainlah kalau duduk rumah teres/rumah atas tanah.

Teringat masa kecik-kecik dulu. Memang seronok tunggu babu roti datang rumah Opah & Atuk kat Rotan Tunggal. Babu roti yang datang tu, orang Singh. Badannya besar. Baik sesangat dengan budak-budak tapi dulu, Pak Ngah Raimie memang cukup takut kat babu roti tu. Kan, Ngah kan? Hihihi

Friday, December 31, 2010

Jalan-Jalan Pusing KL

Mak aih! Lamanya bolg ni tak berupdate ye... Susah nak menulis dlm bahasa Ibunda berbanding dengan bahasa bisnes lah nampaknya Mama ni...

Sebab dah sekian lama bersawang blog ni, kita letaklah sikit gambar kita  ambik masa jenjalan bawak kawan Mama dari Tochigi hari tu.

Mula-mula, kita makan tengahari di Pasar Seni. Kat kedai teh Melayu (direct translation dari nama omputehnya - Malay Tea House). Hohoho
Lepas tu, kita bakar segala kalor berjalan ke Bangunan Sultan Abdul Samad & main kejar-kejar kat Dataran Merdeka. Seronok jugak buat aksi2 pelancong nih!
Dah habis bersessi fotografi kat sana, kita gerak ke Stesen Keretapi KTM pula. Penat weh, jalan dalam panas!
Masa tu dah nak masuk Asar, nak bawak kawan Mama ke Masjid Negara nanti dia tak boleh masuk sebab masa pengunjung ialah luar dari waktu solat. Kita masuk pula ke Muzium Kesenian Islam.
Dari Muzium, kita pusing-pusing Lake Garden kejap dan bila dah pukul 5.30pm (masa terakhir untuk pelawat ke Masjid Negara); kita terus ke Masjid Negara. Ramai staff Masjid yang sangatlah ramah di sana. Ada juga volunteer bertugas yang boleh membantu dan menjawab apa2 pertanyaan dari pengunjung asing di Masjid tu.
Lepas tu, makan malam kat Dapur Penyet di Maju Junction. Pegi ke Maju Junction tu pun sebab nak parking. Kalau tak dah lama dah masuk Sogo je. Huhuhu. Makan malam hari tu - ayam penyet
Lepas makan barulah ada tenaga nak join orang ramai kat pasar malam Jalan TAR.
Jenjalan sampai 9 jam hari tu! Pergh! Tapi hari yang sangat2 menyeronokkan. Best! :)

Saturday, October 16, 2010

Hang Tuah

Raimie dengan Hang Tuah di Muzium Negara. Tak Melayu hilang di dunia. ^_^

Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya AidilFitri

Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin untuk semua!
Dah berabuk dah blog ni ye? Lama betul tak berupdate. Huhuhu

Raya pertama memang tak duduk diam. Dari rumah kita di Balakong, kita singgah rumah Atuk dan beraya di sana sebelum bertolak balik ke Raub. Jalan kat KL lengang sungguh hari tu.
Tapi kat Karak Highway ada slow sikit traffic, dekat-dekat nak sampai simpang ke Genting Highlands. Ramai benar orang nak ke Genting ye?


Sampai aje kat Raub, bertolak pula balik ke Semantan dengan adik-beradik. Nak ke kubur arwah Wan di Semantan Ulu. Nasib baik hari tu, hujan renyai-renyai aje. Kalau lebat, terpaksa lah postpone.

Highlight untuk raya mestilah juadah raya kan? Tapi bukan lemang ataupun rendang yang dicari kalau ke rumah Pak Mizi ye.... tapi :
Sambal petai dan asam rong. Sedap!

Adik beradik Atuk pun, sampai-sampai aje rumah atuk, semua bertanya pasal petai dan asam rong. Kena tanak nasi dua tiga kali tu, sebab semua berselera!

Tapi takde stok petai untuk sedara mara sebab Atuk ke Ulu Sungai esok. Esok, banyak stok petai tapi dah kena book dek sedara mara! LOL

Sunday, May 30, 2010

Cucu Baru Atuk

Kenalkan, sepupu Raimie yang baru lahir pada 28hb Mei. Baby girl.... Lahir pada pukul 6.50am di Hospital Putrajaya. Tahniah untuk Pakcik Aus & Makcik Siti atas kelahiran anak sulung mereka.

Sebab baby Farah ni lahir ikut tingkap (cesarean), Makcik Siti tak terus balik ke Koyan lepas discharge dari hospital nanti. Berpantang di KL (rumah Kakaknya) dulu sampai dah sembuh sikit.

Nanti kalau kita balik Raub masa cuti sekolah, boleh lah ke Koyan 2 melawat baby ye...

Elok pula Mak Tua (moyang Raimie) ada di KL sekarang ni, dia pun dapa melawat cicitnya yang baru. Dia turun dari Marang sebab minggu depan sepupu Papa nak kahwin.

Lepas melawat baby hari tu, kita hantar Atuk dan Mak Tua balik ke Bangsar. Mak Tua tumpang tidur di rumah Atuk dua-tiga malam. 

Sebab Mak Tua datang, dapatlah "makang" keropok lekor. Yang paling best - sos nya. Nyam nyam...

Keropok lekor ni Papa masak cara sihat - rebus aje. Tapi sebab Mama tak berapa berkenan makan yg rebus aje (maklumla... bukan orang "Ganu" kan... huhuhu), Papa masak dalam oven kejap. Sedap juga. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...