Wednesday, December 31, 2008

Makan Donut Dan Duit Belanja

Kalau masa Mama kecik-kecik dulu nak makan donut harga RM2 lebih satu, mintak maaf sajalah... Dulu beli kuih kat Stesen bas Raub baru RM0.20. Kenyang makan. Dulu nak habiskan duit beli air dua gelas sampai RM30? Gila ke apa? Sekarang - duit mengalir macam air, apatah lagi kalau duit tu tak keluar wallet lansung (hatta, ada berbelas kad kredit dlm simpanan) Huhuhu...

Teringat dulu kalau dapat duit belanja sekolah RM0.50 dari Atuk, mewah sungguh rasanya. Dulu (lebih kurang 25 tahun dulu, lama dah.... hehehe) harga mee kari satu mangkuk kat kantin MGS tu baru RM0.20. Lepas tu beli air baru RM0.10. Kenyang makan.

Masuk 5hb Jan, Raimie dah masuk Darjah Satu. Berangan ajelah Mama kalau nak kasi Raimie duit belanja RM0.50 aje!

Monday, December 29, 2008

Ole-Ole Dari Raub

Orang-orang Raub di luar sana, kalau aokme balik dari Raub, aok beli apa sebagai ole-ole dari Raub?

Untuk kami bertiga, yang paling senang ialah Kacang Goreng Sempalit. Beli berpuluh peket pun takpe. Hehehe... Budak-budak Cina kat ofis Mama pun ramai yang suka Kacang Cap Beruang tu. Murah aje pun...

Saturday, December 27, 2008

Burger!

Lepas bawak Raimie pergi potong rambut, pakat pergi makan burger kat rumah. Tak bawak balik tapi makan kat situ juga. Sedap....

Close-up burger daging special Mama

Sedap lagi makan burger special kat gerai burger dari makan burger kat McDonald's, kan? Dulu Pak Ngah pun pernah jual burger kat Raub. Dia bukak gerai kat rumah lama Atuk kat Jalan Tras.

Tapi kan, kenapa lagi sedap makan burger beli kat gerai dari burger buat kat rumah? Yang buat kat rumah selalu tak rasa sama. Huhuhu

Thursday, December 25, 2008

Motor Dan Lesen Motor

Anak-anak Bapak (Atuk Raimie) semua cepat pandai bawa motor. Rasanya semua masa sekolah rendah lagi dah pandai bawak motor. Hehehe Semua bawak motor takde lesen, sebab sapa nak bagi lesen kat budak 13 tahun!


Mama pun masa kecil dulu memang suka merempit kat Kampung, siap bawak Wan Teh, Makcik De & Makcik Tam naik satu motor lagi! Nak pusing kampung, mana ada bas Mara boleh lepas jambatan bising kat Semantan tu!

Anak Mama yang sorang ni pulak, takut naik motor. Atuk nak bawak naik motor keliling kawasan perumahan pun dia tak nak. Takut!

Atuk pula, walaupun dia tak kisah anak-anak bawak motor, tapi dia selalu pesan pada Makcik Ayu (Maksu Raimie) jangan bawak laju-laju. Lesen takde lagi tu! (Kalau ada lesen pun janganlah asyik nak speed aje. Polis kat Raub rajin buat kerja. Huhuhu)

Sekarang ni sebab Atuk & Opah dah senang sikit, dah berderet motor kat rumah tu. Dulu satu motor aje, anak-anak suka curi-curi guna tapi bawak keliling kawasan rumah ajelah.

Cerita pasal naik motor ni, dulu Mama pernah terhencot-hencot dekat dua bulan sebab accident motor. Makcik De pernah langgar tiang lampu di Semantan. Makcik Emi pernah patah tangan. Pak Ngah & Pakcik Jai, jangan cakaplah! Makcik Ayu bengkak mata sebijik masa Raya Puasa tahun ni. Bukan sebab dia accident masa naik motor tapi masa tengah berjalan depan Sekolah Tengku Kudin, lepas tu tiba-tiba kena langgar dengan budak Cina yang tengah naik motor. Haru! Moral cerita: berhati-hati di jalanraya, ye anak-anak. :D

Wednesday, December 24, 2008

Tag dan Award

Mula-mula nak cakap thank you pada Nash sebab bagi award, walaupun sebenarnya dah berkurun lama dia bagi. Hehehe... Sori Nash...

Lepas tu, ni tag dari Kasih Nash a.k.a My Niel:

1) What is the most important thing in your life?
Kelurga

2) What is the last thing that you bought with your own money?
DVD untuk hadiah kawen

3) Where do you wish to get married?
kat rest house Raub. Wakakaka!!!!

4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
19 (Cinta sejati tau!)

5) Are you in love?
Cintakan suami dan kasihkan anak

6) Where was the last restaurant you had dinner?
Tony Roma's kat Mid Valley Gardens. Siap dapat voucher RM20 & 10% diskaun tu.

7) Name the latest book that you bought?
Harry Potter and the Deathly Hallows dan juga Jack and the Beanstalk. :D

8)What is your full name?
P&C. Sapa yang panggil myself dengan nama penuh as per IC, I tak kawan dengan dia.

9) Do you prefer your mother or father?
Bapak. Mak garang!

10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time?
Takde sapa

11) Christina or Britney?
Britney dulu dan Christina sekarang. Boleh?

12) Do you do your own laundry?
Cik Abang saya. Saya pegi dekat dengan mesin basuh hanya kalau cik Abang pegi outstation. Hihihi

13) The most exciting place you want to go?
Kepulauan Okinawa. Nak jumpa Kak Lela. :-)

14) Hugs or kisses?
dua-dua pun best

15) Point out 5 things about the person who tagged you.
1) peramah sebab dia rajin letak komen kat sini
2) mesra sebab dia bagi tag ni
3) murah senyum. cuba tengok gambar dia dlm blog dia, senyum aje
itu ajelah, belum pernah jumpa lagi. Maybe satu hari nanti, ek?

16)8 things I am passionate about:
1) blogging
2) baca buku
3) keluarga
4) Jepun (tak percaya, cuba baca Urutora N o Hi) Hohoho
5) Show Korea 1 night 2 days. Sanggup gelak macam orang giler bila tengok cerita ni
6)

17)8 things I say too often:
1) Apahal?
2) Poyo
3) Cuba jangan cakap ulang-ulang, boleh?
4) Hello, Lina speaking (hahaha, akan cakap ini setiap kali angkat telepon)
5) Itu aje?
6) Tolong/Please
7) Sakitlah (ini sebab selalu kena buli dgn anak sendiri, kita yang jadik mangsa kena main dengan dia...)
8) Balik-balik dia aje yang tengok TV (utk anak juga. Asyik nak conquer TV tu)

18)4 books I’ve read recently:
1) Harry Potter & Deathly Hallows (dah ulang baca 4 kali)
2) Buku-buku lama kat rumah, esp buku-buku Agatha Christie

19)8 songs I could listen to over and over again:
tak suka dengar lagu. Dalam MP3 player pun ada podcast untuk Bahasa Jepun aje. :D

20)8 things I learned last year:
1) Belajar blogging
2) Belajar buat roti
3) Belajar masak resipi Jepun
4) Belajar masak Nasi Dagang & gulai ikan. (selalu beli aje)
5) Kalau gaduh dengan kawan baik, boleh putus sahabat
6) Jangan beli benda merepek, nanti duit habis
itu aje kot

Tatau sapa nak tag, tapi kalau rajin, Syida & Kak Jun, sila-silalah ye. :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...