Saturday, June 1, 2013

Bengkel Lawak Kampus

dan juga sesi autograf dengan kartunis komik Lawak Kampus, Keith.

Kat mana? Di Balai Seni Visual Negara. Ada pameran Lawak Kampus ulangtahun ke-10 kat sana.
Boleh tahan jugak lama menunggu. Dekat dua jam. Tapi sangat-sangat appreciate Keith yang sudi buat karya khas untuk setiap peminat yang datang tadi.
Raimie mintak lukiskan Froggy jadi itu yang Keith lukis. Best kan?

Budak tu balik dengan senyuman gembira lah. :)

Thursday, May 30, 2013

Tak Balik Kampung Ke?

Cuti sekolah dah nak habis seminggu. Tak balik kampung kita weh?

Tak la nampak gayanya.

Mama Raimie banyak pulak hal dia time-time hujung minggu ni
Minggu lepas lari-lari kat Putrajaya.

Minggu ni lari-lari kat UKM, Bangi.

Minggu depan lagi sekali pegi Putrajaya.

Hmmm... macam tak ada kampung.

Eh ada! Tiap tiap hari balik kampung. Sebelah Kampung Abdullah Hukum. Atuk Raimie ada kat situ. heh heh

Wednesday, May 29, 2013

Buah Salak Dari Ganu

Ada kawan mama baru balik dari KT dan setiap kali dia ke sana, tak lupa jeruk peberet mama
Sedap wa cakap lu. ^^

Dah sedozen dah makan sorang-sorang. Kembung dah perut. Huhuhu

Sunday, May 12, 2013

Larian Pertama Tahun Ini

untuk Raimie.
Bukan acara sekolah. Ini Raimie dengan Mama & Papa masuk acara lari berganti-ganti. Seronok. Betul. 

Dia lari 2.72km x 2 kali.

Lepas ni, sekali seminggu kat sekolah sampai hujung bulan enam, ada latihan sukan. Awal bulan tujuh ni Hari Sukan sekolah.

Sunday, April 14, 2013

Raub Golden Ride 2013

Sapa nak join?

Tarikh tutup 19hb April. Tak lama dah ni.

Maklumat lebih ada kat blog dia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...