Saturday, February 19, 2011

Main Badminton

untuk pertama kalinya untuk Raimie. Kesian anak Mama ni kan... tak pernah diajar main badminton.
masa balik kampung hari tu, dapatlah dia merasa main badminton dengan Mak Tam, Makcik Ayu a.k.a Maksu & Kimi. Terima kasihlah makcik-makcik sanggup mengeluarkan peluh kutipkan shuttle-cock ye. Hihihi. Kimi hari tu eksen, taknak pakai raket kecik. Nak pakai raket  orang besar. XD

Mama memang dah lama tak pegang raket badminton. Papa apatah lagi, ajak main bola, nak lah dia. Tapi kan, sebagai cucu-cicit Hj Mohd Yudin, Mama dengan Raimie patut mengasah bakat sukan berprestij ni. Huhu

Friday, February 11, 2011

Nasi Lemak Istimewa

Ada berani mau cuba?

Sunday, February 6, 2011

Kelah Bakar

Balik cuti raya Cina hari tu, adalah aktiviti memBBQ di depan rumah. Yelah, nak ke Lata Lembik ke, Pulau Chekas ke, ataupun mana-mana air terjun kat Raub ni, tak selamat lagi. Air besar & deras pulak tu. Cari pasal lah kalau nak pegi bermandi-manda jugak kan?

Benda special atas BBQ - ikan kelah yang Atuk dapat dari Ulu Sungai hari tu. Best! Ikan kelah ni satu ysng spesel - sisik dia tak payah buang, sebab boleh dimakan sekali. Kalau di BBQ tu, sisik dia jadi rangup ala-ala crispy gitu. :D

Dapat makan kelah untuk BBQ dan dapat juga makan kijang. Uih, memang murah rezeki. :-)

Wednesday, February 2, 2011

Balik Kampung!

Nak balik beraya weh! Orang raya Cina, kita pun raya jugak. Muahaha.... Besok pagi-pagi selepas subuh, kita tiga beranak mula bertolak dari Balakong balik ke Raub.

Kepada sesiapa yang belum memulakan perjalanan balik kampung tu - sama-samalah kita Pandu Cermat supaya Jiwa Selamat ye.

Thursday, January 20, 2011

Babu Roti

Sekarang ni, dah duduk rumah flat berjaga dek Pak Guard yang sangatlah strict; takdelah sangat beli roti dengan babu roti. Lainlah kalau duduk rumah teres/rumah atas tanah.

Teringat masa kecik-kecik dulu. Memang seronok tunggu babu roti datang rumah Opah & Atuk kat Rotan Tunggal. Babu roti yang datang tu, orang Singh. Badannya besar. Baik sesangat dengan budak-budak tapi dulu, Pak Ngah Raimie memang cukup takut kat babu roti tu. Kan, Ngah kan? Hihihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...