Sunday, November 30, 2008

Sunat!

Pulut kuning untuk dibawa balik. Hari sabtu (semalam) Abang Min bersunat. Maklumlah, cuti sekolah ni, musim bersunatlah kan...

Orang sekarang bersunat di klinik. Jangan kata orang sekarang, Papa dulu pun bersunat di klinik walaupun dia balik Marang masa tu.

Pak Ngah Raimie bersunat di rumah dulu. Atuk panggil Tok Mudim datang rumah. Siap dengan batang pisang lagi. Yang tak buat, rendam Pak Ngah dalam sungai, sebab rumah Atuk tak dekat dengan sungai. (Tak tahulah kalau parit depan rumah di Jalan Tras tu boleh dipanggil sungai! hehehe)

Raimie pula? Raimie kata tunggu dia darjah 4. Hai, nak bersunat pun boleh negotiate ke?

Friday, November 28, 2008

Diari Masak-Masak Minggu Lepas

Tak ada apa nak cerita, buat post pasal menu minggu lepas. Minggu ni, hari sabtu nak gi One U. Cutilah masak satu hari!

Raimie macam biasa, makan selera dia - makan nasi & rendang pun mesti nak letak furikake atas nasik. Hehehe... Furikake Ultraman yang Nash hadiahkan ada lagi, pulun furikake tu lah...

Masak rendang dua kali, dua kali rendang rupa lain, kaler lain. Ikut mood tukang masak. Huhuhu
Kari kepala ikan yang sempoi. Yang penting habis...
Asam pedas ikan pari. Sempoi aje

Kari kapitan lagi. Rasa macam tiap-tiap minggu masak kari kapitan nih... Yelah, tak pedas, Raimie tu mana makan pedas!

Saturday, November 22, 2008

Dapat Hamper Percuma!

Wohooo! Kat Mid Valley ada event Dutch Lady sponsor buat. Dah tak ada aktiviti lain nak buat, kita pun ramai-ramai ke sana. Rezeki sungguh, dah lah Raimie dapat main free (tiada entrance fee), dapat menang hamper lak tu! Rezeki, rezeki.

Bergambar masa ambil hadiah.

Jimat duit tak payah beli susu & kopi. hehehe...

Cerita lanjut tentang exhibition ini ada kat sini ye.

p.s. nampak aje Mama & Papa Raimie relak dan bergelak ketawa, tapi kalau masuk contest, mak datuk competitive sakan walaupun game bodoh-bodoh aje. Papa Raimie dari awal dah konfiden hamper tu memang dia yang punya.

Haa... sesapa takde benda nak buat, pergilah Mid Valley Exhibition Hall. Okey lah exhibition dia. Bukan sahaja budak-budak seronok, mak bapak pun seronok jugak sebab ini interactive exhibition yang di arah tujukan kepada ibu bapa supaya lebih memahami dunia kanak-kanak.

Dan mana tau, lepas tu boleh balik dengan hamper Dutch Lady sekali! Hehehe

Monday, November 17, 2008

Iklan Hari Ini

Raimie buat lawak lah pulak semalam.

Papa dan Mama tengah sibuk-sibuk bukak balik segala macam brochure dan peta Jepun untuk perancangan cuti tahun depan (chewah - tu dia semangat!), dan sibuk duk mengira budget percutian. Datang pulak si Raimie tanya duit dalam bank dia ada berapa? Sebabnya, Mama & Papa kata mainan & barang untuk Raimie beli di Jepun nanti pakai duit Raimie yang disimpan dalam bank.

Raimie: "Mama, duit Mimi dalam bank ada berapa?"
Mama: "Adalah RMxxxx"
Raimie: "Nak pegi Jepun nanti kena bayar berapa?"
Mama: "RMxx,xxx"
Raimie: "Alamak! Habislah duit Mimi nak pergi kolej!"
Terbahak-bahak Mama & Papa dengar. Sapalah pulak ajar pasal duit simpanan ke kolej ni.

Lepas tu, Mama buat iklan, Mama jawab: "Takpa, pinjaman PTPTN kan ada".

Sekian, iklan free untuk PTPTN. Wakaka

Papa kata, "Celaka sangat ke aku ni, nak kena buat loan suruh anak belajar?".

Friday, November 14, 2008

Semalam Raimie dapat hadiah lagi di sekolah. Kali ini untuk Pelajar Baik. Bukan pelajar terbaik tapi pelajar baik. Bagus juga Cikgu ni, budak berkelakuan baik dapat hadia, tak adalah hanya menitik beratkan pada keputusan akademik sahaja.

Tapi Papa kata, pelajar baik maknanya pelajar lembik. Apalah Papa ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...