Thursday, February 28, 2008

Hari ini dan semalam

Macam tajuk lagu pula....

Semalam, Papa balik lambat sebab ada function di Restoran Berputar KL Tower. Tahun ini Papa memang banyak function. Lepas ofis semalam, Mama jemputlah Raimie sebab nak bawa jalan-jalan di Mid Valley. Nak balik rumah, pening pula naik komuter yang sendat dan padat. Nak naik teksi - teksi susah nak ke sana.

Di rumah Atuk, ada ceramah dari PKR. Ada Nurul Izzah. Memang meriah, dengan sesak kereta, sesak manusia dan orang berniaga...

Sakit pula kaki berjalan lama. Sampai ke rumah, pukul 10 malam.. Penat! Nasib baik di rumah ada air. Dari hari sabtu, ada masalah air di sini. Menyusahkan betul!

Hari ini pula Raimie ada pertandingan mewarna. Raimie kata dia dapat nombor tiga. Tapi tengok hadiah (Mama tak pergi sokong sebab kerja), macam hadiah penyertaan sahaja. hihihi Beratur ambil hadiah, orang yang ketiga kot.

Petang tadi sepatutnya ada ceramah - malas nak pergi. Lagipun hari ini ada meeting. Meeting yang menghabiskan masa tapi kalau tak hadir, nanti orang kata Mama tak beri kerjasama aktiviti syarikat.


Thursday, February 21, 2008

Raimie dan Tilawah

Pagi tadi Cikgu Raimie beritahu, nak masukkan Raimie ke Pertandingan Tilawah. Mama tanya Cikgu, boleh ke? Anak saya tu penakut. Hahaha memang tak senonoh Mama ni kan? Kutuk anak sendiri. Sorry sayang... (tapi dulu nak naik pentas untuk buat persembahan Joget Kelantan pun, sampai macam nak demam... yang ini bukan anak Lina ni.. sebab kalau Lina suka naik pentas. keskeskes)

Tapi tarikh tilawah 23hb Mac. Masa tu kita di Jepun. Nak buat macam mana, tiket dah beli. Beria-ia Cikgu minta tukar tarikh. (Bagus sangat ke anak Mama ni? Hihi)

Macam ni takde can lah Raimie nak jadi pelajar terbaik. Sudahlah nanti ponteng kelas 2 minggu, acara sekolah pun tak masuk. Takpe-takpe, tahun depan dah tak boleh ponteng dah ye...

Tuesday, February 19, 2008

Hari Raya Cina Lagi

Photobucket
Gambar : Singa Menari-nari dalam ofis Mama. Mama dengan tak malu dan selamba badak pun sibuk ber "gong xi gong xi" sama. Hehehe...

Jumaat ni cukup 15 hari tahun baru cina. Lepas ni takde dah orang belanja makan untuk tahun baru! Huhuhu

Sunday, February 17, 2008

Pilihanraya

Emmmm.... Dah nak pilihanraya. Dengan rasa tak bangganya Mama nak beritahu, Mama belum mendaftar lagi. Tak guna betul, kan? Keskeskes Orang Malaysia kat Jepun pun nak mengundi, Mama di sini buat tak tahu sahaja.

Bila dah nak pilihanraya, maka Pemimpin pun ramai turun padang. Minggu lepas Pak Lah datang ke kawasan rumah Mak. Amboi, sebab PM nak datang, 3 lif di blok yang selalunya hanya satu berfungsi (kalau nasib baik 2 jalan) berfungsi semuanya. Pembahagi jalan diganti baru. Pagar bengkok dibuka. Tembok dicat. Pada Mama ini semua hipokrit.

Kalau semua dicantikkan untuk pemimpin, bagaiman pemimpin nak tahu kepayahan orang ramai? Yang untung - kroni yang dapat tender untuk menggantikan barang & peralatan.

Malaysia Boleh!

Sunday, February 10, 2008

Cuti Hari Raya Cina 2

Seronoknya bermandi-manda di Lata Lembik. Mama ingat nak ambil gambar kampung Orang Asli untuk letak dalam blog, tapi baru tersedar bateri kamera dah low. Gambar yang di ambil pun tak berapa elok sebab matahari terlampau terik. Aisey...

Di Hulu Sungai, ada dua tiga bangunan kerajaan. Kontrasnya dengan kawasan penduduk setempat. Bangunan Kerajan untuk Technology Park dan satu dua bangunan lain, gahnya berdiri di tengah hutan. Dengan tiang lampu berukir, rumah pekerja yang umpama resort percutian. Tak salah untuk ada rumah cantik, tapi seeloknya, bangunkan jugalah kawasan sekeliling, kan?

Tapi jangan pandang rendah dengan Orang Asli. Rumah sudah batu. Ada Astro. Ada kereta, ada motosikal. Cuma mereka masih mengekalkan gaya hidup turun temurun. Masih membina rumah dari bulu dan rotan di sebelah rumah batu mereka. Anak-anak kecil masih berkeliaran bebas, duduk di tengah jalan tanpa risau. Dan masih tidak menyimpan wang untuk masa depan...

Melalut pula Mama ni...
Seronok juga cuti kali ini. Banyak cerita. Mak cik Emi dengan teman lelakinya pulang ke Raub, Makcik De sudah mengandung tiga bulan. Makcik Ayu kemalangan dilanggar motor - benjol di mata. Atuk pun suka, dikerah semua menantu & bakal menantu tolong betulkan garaj kereta. Hehehe... Kemas punya kemas garaj, terjumpa akuarium yang Atuk buat dulu. Dapatlah kita akuarium percuma. Yeay! (Seronok Turtle ada rumah baru yang lebih besar, kan?)

Sebab cucu seorang pulang ke kampung, Atuk dan Opah asyik menghulur permainan sahaja. Maklumlah Atuk menjual barang runcit kepada Orang Asli, jadi banyak juga barang permainan kecil dalam stok. Habis dibuka dan diberi pada cucu mereka yang seorang ni. Dan habis basah pakcik dan makcik kena tembak dengan pistol air Raimie yang baru. Kalau di rumah kita, memang tiada peluang nak main pistol air, sebab banyak sangat barang elektrik!

Tak lama kita di Raub sebab Mama dan Papa mahu pulang awal, mengelak kesesakan di Karak Highway. Kesian Raimie, agaknya sedih meninggalkan kampung, monyok sahaja sepanjang perjalanan pulang. Lain kali kita balik lagi ye?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...