Thursday, January 31, 2008

Banyaknya Jualan Murah

Dari minggu lepas hinggalah hari ini, sibuknya Mama ke sana ke mari. Minggu lepas sibuk dengan pembelian jualan barangan hotel. Ingatkan dah selesai, Atuk di Raub pula minta beli pinggan mangkuk. Nasib baik ada lagi. Pesanan terakhir yang Mama buat : 26 biji cawan kopi dan teko untuk atuk. Jumlah kena bayar : RM29.00. (Sebab cawan kopi itu, 50sen sebiji).

Hari Isnin, TV LCD Sony 32" yang tumpang beli dgn bahagian Purchasing Hotel 3 bintang kepunyaan syarikat sampai. Bukan Mama yang beli. Staff dlm bahagian Mama beli, ada dekat 25 biji semuanya. Sebab Boss beli dan kawan-kawannya pun tumpang beli, Mama kenalah duduk bertenggek di Loading Bay memantau keadaan. TV tu hanya RM1,900.00 berbanding harga pasaran sebanyak RM3,000++ Risau juga tengok Mercedes, Volvo dan BMW yang bersilih ganti datang. Bukan apa, Loading Bay penuh dengan lori-lori barang. Karang tercalar kereta CEO dan Pengarah-Pengarah ni, pening pulak kepala Mama.

Hari Selasa, ada jualan ikan organik pula. Ikan Jade Perch (malas nak cari apa nama melayunya). Harga pasaran RM45.00 sekilo; tapi hari itu dijual dengan harga RM32 sekilo sahaja. Sampai berpeluh Mama nak mengagih ikan yang telah dipesan. (Bukan Mama yang meniaga ya.... tolong order sahaja).

Sibuk-sibuk Mama dengan barang-barang ni, Mama pun bukanlah beli banyak pun. TV Sony itu Mama tak beli walaupun murah sebab TV kita yang Mama beli tahun 2000 masih boleh diguna. Ikan pun Mama tak beli, tapi sebab Boss baik hati, dapatlah Mama ikan percuma. (Jimat duit keskeskes)

Penatnya, semalam baru pukul 8 mlm, Mama dah tersengguk-sengguk di depan komputer. (Takde stamina betul Mama ni kan?)


Saturday, January 26, 2008

Barang Second-Hand

Semalam Mama ke salah satu hotel kepunyaan syarikat. Bukan apa, hotel itu tutup untuk ubah-suai, jadi barang-barang hotel di jual murah kepada pekerja hotel dan pekerja ibu pejabat. Bayangkan TV 29" harganya hanya RM75.oo, TV 21" hanya RM50! Tapi Mama tak minat beli TV (ingat nak beli juga sebenarnya, boleh hantar ke kampung, tapi Atuk baru ganti TV...)

Nak beli Microwave sebenarnya sebab hanya RM50. Tapi tak sempat sebab ramai juga yang beli. Yang Mama dapat beli semalam ialah DVD player, Oven dan Auto Boiler. Semuanya hanya RM65 sahaja. Esok lusa nak ke sana sekali lagi, nak beli pinggan mangkuk pula. Semalam Mama ambilkan pinggan mangkuk untuk Boss Mama. Cantik-cantik pinggan tu.. (Yelah, barang hotel 5 bintang). Mama pun nak beli sikit, sebab 1 pinggan hanya RM2, cawan hanya RM1 (bone china tau!) Tak risau nak guna sebab hotel ini tiada restoran tidak halal.

Hari ini seronok merasmikan oven baru beli. Masak ikan salmon panggang. Yum yum... Papa kata lepas ni bolehlah buat roti.

Wednesday, January 23, 2008

Hari cuti

Ingatkan dapat bangun lewat hari ini, tapi Mama ada sesi fisioterapi di Gleneagles. So, Papa & Raime pun kena bangun awal sebab nak hantar Mama ke hospital. Lepas turunkan Mama, Papa & Raimie terus ke KLCC. Buat apa tunggu Mama kan? Nanti kebosanan anak Mama tu...

Di KLCC lepak di kedai buku Kinokuniya. Papa belek buku Shinkansen & katalog BAPE yg baru. Raimie pula belek buku kanak-kanak di situ. Seronok duduk di bahagian buku Jepun sebab tak ramai orang ke sana. Jadi, tiada budak-budak yang berlari-lari dan buat bising. Hari ini Mama belajar perkataan baru untuk "bird" budak lelaki. Hahaha.... Entah apa-apalah Mama ni.

Sebab pagi-pagi dah kena keluar, tak sempat sarapan di rumah. Jadi, Mama belanja Papa & Raimie makan di Genki Sushi. Sedap - dan parah poket Mama. Huhuhu

Monday, January 21, 2008

Thaipusam Cuti!

Yeay Yeay! Thaipusam cuti. (Mama memang suka public holiday ni). Seronoknyer, tetiap minggu ada cuti. Minggu depan cuti Hari Wilayah. Minggu lagi satu, cuti Hari Raya Cina. Lepas tu duduk diam-diam sebab dah takde cuti sampai bulan lima.

Saturday, January 19, 2008

Sakit Belakang pula...

Sakit belakang pula Mama seminggu dua ini. Sakit yang teramat, sampaikan walau terbersin atau terbatuk pun pasti keluar air mata. Terpaksa pula berjumpa ortopedik hari ini. Jenuh dengan x-ray, dengan berjumpa ahli fisioterapi sampai terlupa nak ambil ubat di farmasi tadi. Pelupa betullah Mama ni...

Sibuk ke Gleneagles sebab doktor khuatir sakit melibat urat saraf. Silap-silap lumpuh! Tapi, alhamdulillah tiada yang serius, tapi ada tiga temujanji yang perlu dilaksana untuk bulan depan.

Dulu, semasa Mama kecil, Mama pernah merasa lumpuh seketika. Tiada rasa lansung pada kaki. Berulang-alik berjumpa doktor tanpa apa-apa hasil. Akhirnya, Atuk bawa Mama berjumpa bomoh di kampung. Alhamdulillah, dah berjalan pun Mama sekarang ni ye.... (Kata bomoh Mama terlanggar "tempat keras").

Pasal tempat keras ini, Mama dah banyak kali terkena sebenarnya. Ada satu masa, tidak boleh buka mulut hinggalah Atuk dapatkan air jampi. Bayangkan tak boleh makan dan minum! Pernah juga hilang suara selama sebulan. Ini semua gara-gara "bergumbira" di kawasan hutan sampai tak ingat dunia. Yelah, kalau makhluk halus marah kat kita, mesti ada sebabnya kan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...