Monday, December 31, 2007

Hari Pendaftaran Tadika

Anak Mama hari ini ke sekolah sebab hari ini kena mendaftar, walaupun kelas hanya bermula hari rabu. Hari ini anak Mama ke tadika bersama Atuk. Atuk beria-ia benar nak menghantar Raimie. Belum pukul 8 pagi, Atuk dah sedia menunggu di bawah...

Seronok agaknya bersama Atuk, anak Mama yang seorang ini tak mahu ke ruma Mak pula. Jadi, sepanjang hari bersama Atuk dan Pak Ngah. Terpaksa Atuk ke rumah Mak mengambil pakaian Raimie. Sedih Mak sebab Raimie tak ke rumahnya hari ini.

Pulang dengan 2 pasang baju sekolah. Saiz M pun besar rupanya. Apa nak buat, anak Mama ini kurus kering.

Tahun ini Raimie tukar tadika atas permintaan Atuk yang mahu Raimie ke tadika yang dekat dengan rumah Atuk & Mak. Mama dan Papa ikutkan sahaja. Yang penting Atuk bahagia. Hihihi

Sunday, December 30, 2007

Pusing Pen



Masa Mama sekolah dulu, Pengetua haramkan murid-murid dari pusing pen semasa dalam peperiksaan. Selain pusing pen, dulu popular habit pusing buku. Sekarang ada orang buat lagi ke? Jun - masa Jun dulu terer tak pusing buku? Hehehe

Saturday, December 29, 2007

Makan aiskrim

Semalam makan aiskrim di Haagen Dazs. Papa seperti biasa makan aiskrim teh hijau (green tea) dan Mama dan Raimie kongsi Banana Split. Sebenarnya Mama nak makan creation yang lain (yang ada waffle) tapi anak Mama sorang ni sibuk nak makan pisang.

Kalau masa kecik-keci dulu, tak pernah Mama merasa makan aiskrim mahal sebegini.

Kalau atuk beli aiskrim Walls satu tab, seronok sakan kami adik-beradik. Sekarang pun masih seronok jugak tapi dah lama tak beli aje.

Friday, December 28, 2007

Taman Botani

Hari Raya Haji yang baru lepas, lepas pergi beraya, Papa bawa Raimie ke Taman Botani. Kali ini, Atuk, Pak Ngah, Mok & Pok De pun ikut sekali. Sayang hari hujan renyai sedikit.
Sayang juga, tempat bot kayuh (paddle boat) ditutup (bukan sebab Hari Raya tapi ditutup hingga tak tahu bila). Dulu, Mama & Papa suka berkayuh bot dan Raimie duduk di belakang.
Masa Mama kecil-kecil, kena ke Tasik Shah Alam baru dapat kayuh bot! Sebabnya di Raub tiada tasik. Sungai dan air terjun adalah...
Ingat nak makan malam di Putrayaja Seafood, tapi mahalnya... tak jadi lantas pergi ke Alamanda untuk makan malam. Raimie seronok berjalan dengan Pakcik dan Makcik. Tak sedar, dekat pukul 10 malam baru balik ke rumah!

Thursday, December 20, 2007

Selamat Hari Raya Korban

Selamat Hari Raya Korban dari Raimie, Mama & Papa. Maaf Zahir Batin.

Hari ini Raimie beraya di rumah Mok De sahaja. Mama pun tak masak istimewa :p Ada nasi bukhari, rendang daging dan kurma ayam. Sedap...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...