Sunday, May 11, 2008

Rancangan Kanak-Kanak Alih Bahasa

Sekarang ni, kartun dan rancangan TV di Astro, tak kira siaran Astro Ceria, Nickelodeon, Disney atau Cartoon Network boleh di alih bahasa dari bahasa asal (Inggeris) ke Bahasa Malaysia. Raimie seronoklah, sebab semua siaran dia mahu dalam Bahasa Malaysia, tapi Mama tak suka. Pada Mama, standard penterjemahan untuk siaran yang kena "dubbed" ini masih banyak yang perlu diperbaiki.

Contoh penterjemahan yang sakit telinga Mama dengar:


My Fly is down all that time diterjemahkan kepada - Lalat saya di bawah sepanjang masa (?!!!) Lalat? Sepatutnya zip seluar.


Your welcome jadi Selamat datang - sepatutnya terima kasih

Duck! jadi Itik - patutnya tunduk

Memanglan Fly itu lalat, Welcome itu selamat datang dan Duck itu itik, tapi dalam perbualan atau ayat penuh, maknanya lain. Komputer ke manusia yang buat terjemahan?

DBP tak buat pemantauan pada stesen TV ke? Mama bukanlah arif dalam bahasa, tapi perbualan ni jadi panduan kanak-kanak untuk menggunakan bahasa.

Saturday, May 10, 2008

Masak apa hari ini?

Takde apa yang istimewa hari ni, tapi nak juga mengarut kat blog ni.

Setelah dekat sebulan setengah balik dari bercuti tempoh hari, barulah Mama beli beras Sumo. Beras Calrose yang paling senang dalam banyak-banyak beras Jepun kat kedai. Bilas sekali aje, dan tak payah rendam beras. (Nak buat macam mana, Mama malas... heh heh. Kalau beras Hikari kena bila 4-5 kali dan kena rendam setengah jam. Taihen). Nak juga try beras Nishiki atau beras Iwate (apa nama penuh, lupa) tapi beras Nishiki harganya RM27 utk 2.5kg, dan beras Iwate tu harganya RM50. Pergh!

Plan hari ini, tengahari masak Salmon teriyaki dan malam masak sup kepala ikan jenahak. Besok, takde plan masak apa lagi. Keluar makan brunch utk Hari Ibu? Berangan aje la...

Tuesday, May 6, 2008

Mama & Papa Cuti!!!

Cuti 1 hari hari ni. Lagipun, Papa nak hantar dokumen pada ex-boss Papa di Jalan Sultan Ismail. Jadi, tengahari, semua ke Jalan Sultan Ismail sebentar. Ingat Mama & Papa nak singgah Renaissance sekejap dan jumpa kawan di sana, tapi dia ada di Bangkok. Alamak, itulah, tangguh-tangguh lagi. Dia dah nak balik Austria so maybe tak sempat nak jumpa kecualilah kita semua ke Austria nanti.

Lepas Papa settle hal dia, bertolak pula ke Ikea. Lama rasanya tak ke sana. Kalau dulu, memang banyak habiskan masa di sana (sebab itu perabot kita 80% dibeli di Ikea). Bercakap pasal Ikea, ramai orang kata barang Ikea tak tahan. Memanglah barang bukan kayu padu. Tapi barang dibeli di kedai perabot lain pun begitu juga, kecuali beli perabot teak. Kan? Kan? Mama & Papa memang suka barang Ikea dari zaman bujang lagi. Senang. Sebab Mama masa bujang asyik berpindah randah (setiap kali kena orat dengan tuan rumah, lari pindah rumah lain. Panduan: jangan menyewa rumah kalau isteri tuan rumah tengah cuti bersalin. Bahaya! huhuhu) barang-barang yang boleh dibuka dan dimasukkan semula ke dalam kotak pilihan Mama. Tak payah sewa lori, sebab semua boleh lipat, termasuk tilam. (Mama guna tilam angin).

Hari ni makan tengahari di Ikea. Papa pilih meatball, Raimie pilih sosej dan Mama makan ikan Salmon. Sedap. Cuma satu Mama tengok, kita orang Malaysia memang tidak pandai (atau tidak mahu) kemas meja sendiri hatta ada notis minta supaya tray, pinggan / cawan dikemas sendiri. Kalau isi air refill, pandai pula kita ambil sendiri ya?

Dan ia tak terhad pada cafe begini sahaja, perasan tak kalau makan di Beard Papa, Pretzel (apa nama kedai tu eh?) atau apa-apa yang dibungkus, tapi ada disediakan 2-3 meja bersebelahan, ramai yang tak boleh buang sampah sendiri. Kenapa ye? Papa kata tak dididik. Tapi bukankah kita ini kononya masyarakat sopan santun, berbudi bahasa, etc tapi bukankah sopan kalau kita tak makan bersepah (orang Malaysia memang makan bersepah kan?) dan menyusahkan pelanggan lain?

Dan kalau ke Ikea, Raimie mesti mahu bermain di Smaland. Percuma jadi tak ada masalah. Kita ni kan kiasu. Heh Heh.

Friday, May 2, 2008

Hari Sukan Lagi

Lagi gambar Raimie dan kawan-kawan di Port Dickson.

Raimie baca doa sebelum makan pagi. Syahdu Mama tengok.

Main pas belon. Yang ni Rumah Biru dapat nombor 2.


Raimie dengan "awek" lagi. Ramai sungguh budak perempuan yang suka bermain kejar-kejar dengan Raimie ni. (Sebenarnya Raimie suruh Mama delete gambar ni, Mama pulak post dalam blog. Jahat sungguh! hehehe)

Thursday, May 1, 2008

Hari Sukan Untuk Raimie

Hari ini kalau boleh Mama nak bertapa sahaja dalam rumah, sebab penatnya jadi coordinator untuk pejabat yang akan berpindah ke bangunan baru. Kalau barang sendiri tak mengapa, ini barang-barang satu bahagian akaun yang ada 45 orang, dan paling susah nak jaga barang CFO. Esok pun tak boleh cuti, kena datang kerja. Alahai...

Berbalik pada cerita hari sukan Raimie. Pagi-pagi sudah bangun sebab kena hempap dengan Raimie yang tak sabar nak ke PD. Comel budak-budak ni, kalau tulis pukul 8 pagi bertolak, kalau tak naik kereta lagi sudah bsing sebab tak ikut masa. Tapi bila kami sampai ke PD, bayang bas pun tiada. Sampai pukul 9.40 pagi, rombongan yang datang naik bas sampai pukul 10.30 pagi. Biasalah... dah ramai-ramai tu...

Tapi memang seronok ke PD (terutama untuk kanak-kanak). Belum mula acara, dah ada yang melompat masuk ke laut. Raimie pun, pantang ada "kaki", terjah sama. Habis baju sukan basah. Memang seronok sangat hari ini.

Raimie sapu habis hadiah, 3 acara untuk budak lelaki, Raimie dapat nombor 1, 2 & 3. Acara dengan rumah pula, rumah biru (rumah Raimie) menang 2 acara dan 1 acara dapat nombor 2. Pulun habis! Ada suara dok berkata "asyik dia aje yang dapat". Yang itu Mama jawab, sebab Raimie dapat sokongan padu ibu bapa. Hehehe... Sebenarnya ibu aje, Papa dok lepak bawah pokok kelapa (bagi can sebab Papa yang kena drive). Mama yang dok belari ke depan, ke belakang ke kiri ke kanan semasa acara sukan. Biasalah, sukan kanak-kanak, kenalah tolong sikit sebab kanak-kanak ni bukan dengar/faham arahan sangat (walau sudah berlatih). Rumah biru menang sebab ada dua-tiga ibu bapa yang sama-sama membantu anak-anak. Kitaorang tak main tipu tau! Tolong pantau keadaan sahaja. Heee...

Tahniah Raimie!

Teluk Kemang yang padat dengan orang. Banyak betul bas rombongan hari ini.
Tak sempat-sempat nak mandi laut.
Mandi lagi sebelum upacara penyampaian hadiah. Kali ini dah tukar baju mandi. Main kejar-kejar dalam air dengan "awek". Macam cerita hindustan. Muahaha! Tapi hindustan terbalik, perempuan kejar lelaki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...